Aktor Remy Ishak mengakui sudah pun merancang untuk membawa ibunya bercuti menjelang Syawal tahun ini, apatah lagi apabila mengenangkan ibu yang kini berusia 62 mengalami masalah jantung bengkak.

Akui Remy kepada MH, mereka sekeluarga mengetahui ibunya menghidap masalah berkenaan apabila melakukan pemeriksaan kesihatan sekitar dua bulan lalu.

Ibu Remy Ishak Alami Masalah Tiroid, Jantung Bengkak

IKLAN

“Kalau boleh saya mahu ibu berehat, kurangkan kerja-kerja rumah. Baru-baru ini saja kami mendapat tahu ibu ada masalah pada bahagian jantungnya, sekitar dua bulan lalu. Sebelum ini, Ibu turut menghidap tiroid dan apabila doktor melakukan pemeriksaan kesihatan untuk membuang penyakit tersebut, baru dapat tahu dia ada alami jantung bengkak. 

 

“Buat masa sekarang tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap serius penyakit tersebut kerana kami terpaksa menunggu keputusan daripada pakar perubatan. Cumanya sepanjang tempoh tersebut, saya ada juga cuba bawa ibu, cari ikhtiar untuk berubat secara tradisional,” jelas Remy yang turut gembira kerana setakat ini, perkembangan kesihatan ibunya kian baik.

Dalam perkembangan lain, Remy yang kini sibuk di set penggambaran filem aksi terbaru lakonannya berjudul Sangkar turut tidak ketinggalan bersama rakan selebriti lain dalam melancarkan koleksi rayanya sendiri dengan kerjasama daripada Starvilion.

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Remy Ishak

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI