Ibu Penyanyi Nita Hamzah Meninggal Dunia, Al-Fatihah – “Mummy Kami Reda, Tenanglah Di Sana.”

Share

Penyanyi, Nita Hamzah berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibunya, Norazizan Ramly telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3.50 pagi tadi.

Perkhabaran tersebut dikongsikan Nita menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

 “23.02.21 Assalamualaikum. Waris waris , saudara dan kawan kawan dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa ibu saya NORAZIZAN RAMLY (Angah) telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi jam 3.50 pagi,” tulisnya.

Menerusi ruangan Instagram stories, Nita memberi tahu, sebagai anak, dia reda akan pemergian tersebut malah di juga berharap agar ibunya itu akan sentiasa tenang di alam sana.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mummy kami reda. Tenanglah mummy di sana. Minta semua sedekahkan al-fatihah buat mummy Norazizan binti Ramly,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berduka cita selain turut mendoakan semoga ibu Nita ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sumber: Instagram Nita Hamza

IKLAN