Pelakon Datuk Aaron Aziz menitipkan ucapan indah khusus buat isterinya, Datin Diyana Halik bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-19.
Sambil menyatakan rasa syukur kerana bahtera yang dibina harmoni bahagia, Aaron turut berkongsi keperibadian baik isteri terhadapnya.
“Tabarakallah. Alhamdulillah Segala puji bagiMu ya Allah. Jodohkan saya hambaMu yang bernama @diyanahalik. Seorang isteri dan ibu yang sangat penyayang, lemah lembut dan tak pernah selama 19 tahun sebagai suami isteri dia tinggi suara atau keluar kata kata kesat.
“Thank you Dar (Darling) for loving me. Don’t know what I’ll be if ALLAH hadn’t sent you to me. Please forgive my ugly edit untuk cover aurat Isteri saya. HAPPY 19th Anniversary sayang. Love you always n forever,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian indah tersebut turut mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya turut mendoakan yang baik buat Aaron seisi keluarga.
Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Diyana pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Jasmine Suraya Chin tidak menafikan akan keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Malah, keberadaannya di majlis ilmu Hijrah Cinta yang dianjurkan Neelofa baru-baru ini, menurutnya kehadiran itu sebenarnya dibuat secara senyap-senyap.
Jasmine,33, menerusi Harian Metro bagaimanapun menjelaskan, ia adalah suatu perkara yang bersifat peribadi.
“Secara jujurnya, ini boleh dikatakan sebuah perjalanan yang cukup peribadi untuk saya. Hakikatnya, saya kalau boleh nak simpan hal untuk peribadi saja. Saya pun tak berani nak kecoh sangat.
“Apa boleh saya kata, saya ingin tahu sejak beberapa tahun ini. Saya pun melalui isu peribadi dan jemputan itu datang tanpa disangka. Seorang kawan ajak saya kerana dia tahu saya tertanya-tanya dan mahu tahu lebih lanjut.
“Saya ingin tahu sebab mahu dapatkan kepastian. Apabila kita tiada pegangan, banyak hal dirasakan seperti tak stabil. Mungkin asal-usul saya agak bercelaru dan tidak seimbang, itu yang saya rasa,” katanya.
Pada awal, dia fikir ia berkisar topik cinta dan dia pun tak bercinta dengan siapa-siapa. Namun, rakannya memberitahu Hijrah Cinta berkaitan kisah nabi.
“Saya rasa ia cukup menarik dan saya pergi. Menariknya, beberapa kisah yang ustazah kongsi ketika itu sangat berkaitan dengan diri saya.
“Sebenarnya saya tak nak orang tahu saya pergi. Sepanjang majlis pun saya pakai pelitup muka dan ramai tidak cam meskipun ramai sebenarnya kawan saya hadir ketika itu. Saya pun tak berani nak tegur mereka. Saya enggan tonjolkan diri,” katanya lagi.
Jasmine pada masa sama terharu apabila kawan yang cam dirinya mengalu-alukan kehadirannya.
“Sangat menggembirakan juga apabila Neelofa alu-alukan saya dan minta saya kongsi kalau ada apa-apa termasuk persoalan. Ia satu perasaan yang cukup tenang.
“Ada perkara yang dikongsi ustazah juga cukup menyentuh saya. Saya tak pernah percaya mengenai sebarang petunjuk. Tapi saya bertanya kepada kawan, adakah itu satu petunjuk?” katanya.
Terdahulu, Neelofa mengadakan majlis tersebut khas buat selebriti dan penggiat seni wanita. Selain Jasmine, antara rakan artis yang lihat turut hadir ialah Ika Nabella, Zulin Aziz, Izara Aishah, Kaka Azraff, Amyra Rosli dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Cuba macam mana pun, kalau benda itu tidak boleh, tidak boleh lah.”
Demikian kata pelakon Adrea Abdullah yang mengesahkan dia kini kembali berstatus ibu tunggal selepas perkahwinannya dengan Zul Selamat berakhir kira-kira dua bulan lalu dengan talak satu.
Reda dengan kegagalan rumah tangga yang dibina lebih empat tahun, bintang filem Blok 404 ini bagaimanapun akui tidak pasti punca sebenar perpisahan yang berlaku.
“Saya bercerai lebih dua bulan lalu, habis idah bulan hadapan. Masalah dalam rumah tangga sebenarnya berlaku sejak dua tahun setengah. Tapi sabar… cuba dan tak mahu putus asa.
“Tapi orang kata, kita tidak boleh mengharapkan sesuatu yang indah akan kekal selamanya. Kadang kala ia menjadi sebaliknya. Apa yang boleh kita buat?
“Saya pernah beritahu pada dia, sekiranya hati you berubah, jangan tipu. Tapi mungkin sebab dia kesiankan saya pada waktu itu, hanya Tuhan yang tahu. Sebab dia tak nak cakap apa punca. No communication, habis.
“Kalau di rumah sebelum ini, dia yang paling banyak bercakap. Tapi tiba-tiba dia mulai senyap. Kenapa? Jadi saya tidak boleh selesaikan sesuatu jika tak tahu apa puncanya,” kata Adrea kepada MH.
Adrea atau nama sebenarnya, Nik Adrea Nik Abdullah,45,juga akui berusaha menyelamatkan perkahwinan, namun tidak berjaya.
“Tahun lalu saya memilih untuk keluar rumah tiga bulan. Sebab saya nak uji. Malah saya cakap, nak lakukan sesi kaunseling ke, tak nak.
“Telefon saya dia boleh buka apa semua. Tiada rahsia. Jadi bila sikapnya mulai berubah, sudah tentu saya tertanya mengapa.
“Bila berkerja di luar bersama krew, mereka buatkan diri saya rasa wujud. Saya tak perlukan perhatian daripada orang luar. Saya perlukan perhatian dari seseorang yang saya cintai di rumah,” katanya lagi.
Pernah berdepan depresi sebelum ini, Adrea akui berdoa semoga diberikan kekuatan.
“Saya berdoa, kalaulah dia untuk saya, kembalikanlah. Sama-samalah berubah sebab saya pun tak sempurna. Saya cuba, tapi saya tidak boleh buat sorang-sorang.
“Saya pernah cakap padanya, serius atau tidak dengan perkahwinan ini? Awak senaraikan apa komitmen untuk selamatkannya dan kita boleh kenal pasti.
“Macam pokok kita tak mahu ia mati, kita perlu baja balik.Kita perlu ada perancangan. Tiga bulan pertama selepas saya kembali ke rumah ia berjalan baik.
“Kemudian bila hati sudah tiada, ia tak akan kekalkan perasaan itu,” katanya yang kini aktif berkarya dengan menerbitkan beberapa program baharu, termasuk perancangan projek trilogi filem ‘psycho-thriller.’
Imbas kembali, Adrea dan Zul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2017 dan mereka kemudiannya bernikah pada 9 Jun 2018 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Adrea memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Lan Solo meluahkan rasa syukur apabila dia sekeluarga tidak berdepan sebarang masalah sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah, baru-baru ini.