Walaupun menyokong penuh tindakan pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan penceraian, namun ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail masih lagi bersedih mengenangkan nasib menantu kesayangannya itu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Patimah mengharapkan menantunya itu dapat kembali mengecap kebahagiaan, meninggalkan segala derita lalu.
“Mama ingin lihat Sarah bahagia, cukuplah segala derita,” tulis Patimah.
Ads
Ibu pengarah Syamsul Yusof itu turut berkongsikan kata-kata semangat yang dipercayai ditujukan khas buat Sarah.
“Saya berharap kamu diberikan kekuatan untuk mengharungi cabaran dengan penuh keyakinan dan kebijaksanaan dalam memilih jalan terbaik.
“Saya berharap perjalanan yang terbaik untuk kamu dan berhenti membantu orang sepanjang masa. Dengar kata hati dan ambil risiko dengan teliti.
Ads
“Ingat ramai yang menyayangi kamu. Saya sangat berbangga dengan kamu,” kata petikan kata-kata semangat tersebut.
Terdahulu, Sarah telah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Ads
Mahkamah telah menetapkan 7 Mac depan bagi sebutan kes pasangan tersebut.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos program Famili Duo bersama Sean Lee, Janna Nick mengakui saingan minggu keenam rancangan hiburan realiti itu cukup sengit.
Malah Janna menerusi satu hantaran terkininya di Instagram berpendapat, pandangan yang diberikan salah seorang juri tetapnya, Mas Idayu sebagai bersebab.
“Last night was intense. Dah masuk minggu keenam kan? Next week dah semi final.
“Maybe Mummy kecewa sebab nak sangat tengok duo yang dia sayang masuk final.
“Apa pun harap penonton terhibur semalam tengok. Love you guys,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, salah seorang pesertanya, Sissy Imann dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus menerima komen Mas Idayu yang mempersoalkan mengenai persembahannya bersama Naim Daniel menerusi lagi Jampi yang disampaikan dalam versi keroncong.
Sissy tidak dapat meneruskan ucapan hingga terpaksa ditenangkan Janna selain Naim menyifatkan mereka sudah cuba memberikan yang terbaik setiap minggu.
Sissy bagaimanapun menerusi Instagram memohon maaf susulan persembahannya malam tadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan pelakon sensasi Syamsul Yusof sekali pagi menerusi sebuah video yang dikongsikan tampil menjawab dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Instagram pada Rabu.
Ia antara lain susulan menjawab kenyataan dia yang didakwa telah menyekat isteri pertamanya itu daripada media sosial dan aplikasi Whatsapp, sejak setahun lalu.
Syamsul menjelaskan, dia terpaksa menggunakan platform media sosial untuk mengelak fitnah daripada berterusan.
“Saya terpaksa buat video ini di media sosial untuk menangkis tangkapan buruk, sebab itu orang kata kalau tak tahu masalah sebenar rumah tangga orang lain jangan bersuara.
“Bukanlah saya nak kata Sarah salah saya betul, anda hanya mendengar cerita sebelah pihak, terus judge saya. Saya tersepit, tapi kalau bagitahu nanti isteri nombor satu saya Sarah tambah lagi (kenyataan), bila benda ni nak habis.
“Makin saya diam, makin teruk kata-kata fitnah dari masyarakat. Ya, saya semak dengan benda ni,” kongsinya.
Pengarah filem Munafik ini menambah, dia mempunyai sebab kukuh menyekat Puteri Sarah daripada akaun media sosial dan aplikasi Whatsapp.
“Kenyataan Sarah tentang saya sekat dia di media sosial dan kata saya tak bawa berbincang… Cuba lihat balik video-video saya sebelum ini Puteri Sarahku, saya dah kata jangan libatkan orang lain.
“Ni awak nak mintak berpisah, okay tak apa kalau itu yang awak mahukan tapi kita berbincang di rumah antara saya dan awak dari hati ke hati tak perlu melibatkan orang lain,” katanya lagi.
Dakwa Syamsul lagi, dia menyekat isterinya itu kerana enggan memudaratkan hubungan mereka suami isteri.
“Kenapa saya block awak? Saya tak nak cakap tetapi untuk elak fitnah saya bagitahu. Orang kutuk saya hina saya bapa iblis dan sebagainya, tak apa saya telan.
“Saya block isteri saya kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh. Bagaimana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah?
“Awak sentiasa memaki hamun saya, awak dah tak ada rasa hormat, saya tak ada ruang untuk berbicara. Untuk tidak memudaratkan hubungan kita, saya block awak,” katanya.
Dalam pada itu Syamsul turut memohon Puteri Sarah supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbukan tanggapan negatif.
Katanya, dia dan Puteri Sarah tidak pernah putus berkomunikasi malah semua kehendak isterinya itu dipenuhi tanpa banyak bicara.
“Selama ni kita berkomunikasi menerusi mak awak, mak saya, adik kita atau orang gaji. Awak minta dua orang gaji, saya bagi.
“Baru tadi kita berkomunikasi sebab awak nak duitkan? Saya bagi, apa sajalah untuk anak-anak laju saya bagi sebab saya cari duit ni untuk awak, untuk anak-anak.
“Tolong jangan wujudkan persepsi kepada orang yang seolah-olah kita ni tak ada komunikasi langsung,” katanya panjang lebar.
Terdahulu pada Jumaat, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia telah mendirikan rumah tangga berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak konflik rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof hangat diperkatakan, ahli keluarga aktres itu tidak pernah sekali pun dilihat mengeluarkan sebarang kenyataan di mana-mana platform termasuk di media sosial.
Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan ahli keluarga tidak lantang bersuara disebabkan faktor kerjaya mereka, namun tetap menyokong apa yang diperjuangkan aktres tersebut.
“Adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.
“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.
“Selama ini ornag tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan.
“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” katanya.
Terdahulu, Sarah telah memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Sebutan kes mereka akan disebut pada 7 Mac depan.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenama lokal terkenal, Dr Cardin menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa mereka sengaja menunggang kontroversi membabitkan pelakon sensasi, Puteri Balqis apabila mengundangnya sebagai tetamu...