Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih sinonim dengan sapaan Bonda Rozita mengakui anaknya yang juga kini bergelar penyanyi merupakan seorang anak yang pelik dan sukar difahami. Bagaimanapun, dia tidak menafikan anaknya itu merupakan seorang yang sangat penyayang, terutamanya terhadap isteri dan anak-anak.

Berkongsi mengenai apakah yang ingin diperkatakannya apabila penyanyi Abang Nak Tegur itu merekodkan momen isterinya sedang melahirkan anak keempat mereka yang mencetuskan sensasi di kalangan netizen baru-baru ini, Rozita memberitahu jauh di sudut hati, dia rasa bangga terhadap anak lelakinya itu.

“Jujurnya, saya memang seorang yang agak sensitif, khususnya apabila melibatkan soal maruah. Jadi apabila Aliff ada merekodkan dan ambil gambar saat isterinya sedang melalui proeses melahirkan, jauh di sudut hari saya rasa bangga.

 

“Kenapa bangga, sebab mungkin secara kasar kita hanya nampak daripada sudut negatif. Tetapi dia tetap menjaga aurat isterinya kan? Keduanya, walau sesibuk manapun, dia sanggup tinggalkan kerja perniagaannya demi isteri. Dia datang untuk saksikan sendiri pengorbanan isteri,” katanya kepada MH.

Menurut Rozita lagi, meski anaknya itu seorang yang agak garang, namun di dalam sesetengah hal Aliff sebenarnya individu yang begitu mencintai isterinya, Datin Seri Shahida.

IKLAN

“Meski dia garang, sudah untuk difahami, isterinya cukup sabar dan sebab itulah saya percaya dia terlalu sayangkan isterinya. Dia angkut semua anak-anak untuk meraikan. Kalau boleh, satu keluarga dia nak bawa,” terang Rozita yang sedia memahami, Aliff seorang yang gemar merakamkan setiap momen di dalam kehidupan mereka sekeluarga.

 

“Aliff ni pelik. Dia suka simpan setiap momen. Kalau boleh, berak pun dia nak ambil gambar. Mungkin kedengaran agak lucu, tetapi itulah dia. Dia mahu merai dan itulah tandanya dia mahu menghargai setiap momen yang berlaku di sekeliling,” akhirinya. 

Foto: Instagram Rozita/Aliff Syukri

IKLAN

Akikah anak keempat SD Aliff Syukri di kediamannya

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 8 July 2018

 

 

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI