Pelik dan sukar untuk dipercayai namun berita ini MH ketahui menerusi satu perkongsian daripada ibu pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim yang juga seorang usahawan terkenal.

Menerusi perkongsian Rozita di akaun Instagramnya, dia berkongsi satu video yang menunjukkan seekor buaya sedang terbaring di atas katil dan menurutnya, buaya tersebut merupakan anak kembar kepada seorang wanita bernama Asmah.

Asmah telah melahirkan anak kembar di mana salah seorang kembar yang dilahirkan adalah seekor buaya manakala seorang lagi adalah manusia normal.

IKLAN

Buaya tersebut diberi nama Nurhasanah dan kini berusia 27 tahun manakala adik kembarnya yang bernama Masroni dihalau keluar dari kampung.

Ok jom kita baca sendiri perkongsian Rozita mengenai anak kepada Asmah ini.

IKLAN

“Puan asmah tetap bela anak kembar buaya yg dinamakan Nurhasanah 27 tahun.. adiknya lelaki manusia biasa bernama Masroni..Dia dihalau/hina org kampung ..

 

“Iktibar yg sy dapat dlm kembara cari ilmu herba jejaki rawatan sufi ..org kampung ajak sy singgah tengok anak yg dilahirkan buaya ..Sy ziarah kejap dan tersingkap KEBESARAN ALLAH utk sy lihat..sy just ambil iktibar saja jgn percaya perkara menyesatkan jaga akidah.

 

“Sy kagum mak dia ni ha..masa sembang2 dgn maknya dn uzt ttg kebesaran Allah buaya ni menangis dn dia batuk bersin macam org ..Ya Rabb ..Rahsia Allah yg x terfikir dek akal bonda..

 

“Nantikan full video pada hari Jumaat (26/1/2018) jam 9 pagi..Panjang sgt ajim editkan dulu..Panjang sgt ajkm edit dulu,” tulis Rozita di ruang kapsyen perkongsiannya.

IKLAN

Kebesaran ALLAH SWT itu tidak boleh kita pertikaikan setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan kita juga janganlah terlalu percaya perkara yang kita tidak tahu kesahihannya cuma ambil apa yang kita lihat sebagai iktibar bahawa kuasa ALLAH SWT itu sangat besar.

Sumber: Instagram Rozita Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI