Enggan menoleh ke belakang lagi, pasangan suami isteri, Bella Astillah dan Aliff Aziz mahu menikmati dan menghargai detik indah bersama.
Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan ini sentiasa menjadi sorotan pihak media beberapa tahun lalu.
Episod kelam dilalui menjadi pengalaman paling berharga dan pelajaran terbesar dalam diri mereka.
Percaya dengan setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya, Bella dan Aliff kian merasai setiap kurniaan Allah SWT kepada mereka.
Berikrar untuk terus bersama, telus mencintai dan menghargai pasangan, Bella dan Aliff terjemahkan dalam single Tetap Di Sini.
Ads
Lagu ciptaan Mingaling, Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten serta lirik oleh Amir Hasan, Ezra Kairo, Roysten, Bella Astillah dan juga Aliff Aziz itu buat pertama kali menampilkan Bella bekerjasama dengan suami tercinta.
Bella, 28, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, lagu Tetap Di Sini cukup dekat dengan apa yang dirasai dan dilalui kini.
“Ketika proses penulisan lagu, alhamdulillah saya dan Aliff diberi kesempatan untuk menulis lirik juga dalam lagu ini.
Ads
“Perasan tentu saja gembira, sebab lagu ini dekat dengan apa yang saya rasa sekarang.
“Lagu ini lebih kepada ‘move on’, jangan fikir apa yang sudah pernah terjadi tapi lebih menghargai dengan apa yang ada sekarang,” katanya.
Menurut Bella, sewaktu proses rakaman lagu Tetap Di Sini dia ditemani Aliff.
Ads
“Proses rakaman sangat mudah, Alhamdulillah. Sebab Aliff menemani dari awal sehingga tamat rakaman. Dan sebab lagu ini sangat ‘catchy’ jadi mudah untuk saya sampaikan dan lebih ‘fun’,” kata Bella.
Lagu Tetap Di Sini terbitan Universal Music Malaysia boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik video boleh ditonton di laman YouTube Universal Music Malaysia bermula dari 6 Julai lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sangka, daripada seorang penganggur selepas diberhentikan kerja dalam sektor penerbangan akibat pandemik, kini nama Ryan Fahmi Bakery terus pantas mencipta populariti di media sosial TikTok.
Ryan, 28, popular menerusi konten video yang bercerita mengenai nostalgia zaman kanak-kanak termasuk di alam persekolahan.
Terbaharu, dia dilantik sebagai ikon kedai minuman popular milik usahawan selebriti, Shuib Sepahtu selain dijemput menjadi tetamu untuk program hiburan MeleTOP yang bersiaran Selasa lalu.
Tidak menyangka kandungan lawaknya diterima baik, Ryan menzahirkan rasa syukur di atas sokongan diterima daripada netizen yang terhibur melihat video-video nostalgia yang dihasilkannya.
“Sejujurnya saya terharu sangat-sangat. Ramai tag story masa saya di MeleTOP.
“Saya tak mampu nak repost satu persatu story awak semua… saya hargai sangat-sangat.
“Awak semua baik sangat dengan saya.
“Saya balik je kampung, kita sambung konten nostalgia,” tulis Ryan yang menetap bersama keluarga di Manjung, Perak.
Menerusi program tersebut, Ryan berkongsi pelbagai cerita mengenai diri serta kandungan lawaknya.
Beberapa hari lalu, sesi live Ryan di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila mendapat hadiah luar biasa daripada seorang pengguna pemurah dikenali Sultan Pemurah.
Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsikan kegembiraan bersama tunangnya yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu.
Ryan berkata wang daripada hadiah tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ryan Bakery
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain berlakon, pelakon Datuk Aaron Aziz juga sering kali terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan terbaharu, dia dan isteri kini berada di Phnom Penh, Kemboja bagi tujuan amal membangunkan sebuah masjid baharu di negara tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 46, berkata dia tidak lena tidur sejak tiba di negara itu gara-gara kemunculan tikus di bilik hotel yang didiaminya.
“Macam mana ni guys? Bilik bersih ke tak? Hotel boleh cakap datang dari luggage (bagasi)??!!
“Kita datang sini bawa baju dengan dana, bukan bawa tikus!” tulis Aaron di ruangan kapsyen.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak hotel telah memberikan perangkap tikus kepada Aaron bagi menghapuskan tikus berkenaan.
Walaupun begitu, Aaron berkata dia masih ragu-ragu dengan tahap kebersihan hotal tersebut sehingga membuatkannya tidak boleh tidur malam.
Setelah tidak lagi bergelar penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni kini mengorak langkah baru dengan menjadi pengacara untuk program bual bicaraMalaysia Hari Ini (MHI), TV3.
Haziq memaklumkan hal tersebut menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“New journey. 1 daripada 4. This is 1/4. My new family @mhi_tv3. MHI di MHI.
“Muhammad Haziq Irfan di Malaysia Hari Ini. Mmg lahir2 dah tahu buat MHI ek #mhitv3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada pengacara berusia 31 tahun itu.
Pada masa sama, peminat berharap semoga Haziq terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
“Wah tahniah,” tulis seorang netizen.
“Tahniah abg haziq, tak sabar nak tengok,” titip peminat.
“Wah congrats ziq, Semoga terus sukses,” tulis lagi netizen yang lain.
Sekadar informasi, Haziq telah tamat berkhidmat secara rasmi sebagai penyampai radio Hot FM, pada 10 Jun lalu selepas hampir 9 tahun bersama stesen radio berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...