Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui akur dengan kekalahan pasukan Terengganu di tangan Perak pada Sabtu.

Katanya, tiada rezeki untuk Terengganu menjulang piala tersebut selain turut mengharapkan pasukan tersebut kembali bangkit pada tahun hadapan.

Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Zizan menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Now I tau kenapa I dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman. Hanya orang beriman sahaja selalu diuji. Jadi malam ni I mengalah untuk lihat you tersenyum.

IKLAN

“Tahniah buat pasukan Perak. Terengganu kita cuba lagi tahun hadapan, InsyaAllah,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Terengganu itu sempat bergurau menyifatkan kekalahan tersebut adalah untuk membuat pelakon, Mira Filzah tersenyum dan gembira.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen tersebut dan mengharap anak kelahiran Perak itu membalas semula komen Zizan berkenaan.

“I Mengalah Untuk Buat You Senyum,”- Reaksi Zizan Razak Buat Mira Filzah Sempena Kekalahan Terengganu

IKLAN

“I Mengalah Untuk Buat You Senyum,”- Reaksi Zizan Razak Buat Mira Filzah Sempena Kekalahan Terengganu

Perak telah menumpaskan Terengganu dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawan masa sebenar berkesudahan 3-3.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Perak. Buat Terengganu, cuba lagi tahun hadapan.

Foto: Instagram Zizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI