Ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 10.40 pagi tadi, Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil sempat menunjukkan rasa cinta terhadap isterinya, Datin Diana Danielle yang hadir buat pertama kali ke mahkamah.

Farid ketika dibawa berjalan masuk ke bilik reman turut menyatakan rasa rindu terhadap dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.

“I Love You” – Kata Farid Kepada Diana

Pelakon filem Pinjamkan Hatiku ini juga berharap agar anak-anaknya berada dalam keadaan baik.

“Alhamduilillah, saya baik sahaja. Saya rindu anak-anak. I love you Diana,” katanya dalam nada tenang.

IKLAN

Terdahulu, aktres tersebut hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan terhadap suaminya selain ditemani oleh adik Farid, Fadzil Zahari.

Diana yang kelihatan tenang bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan daripada pihak media.

“I Love You” – Kata Farid Kepada Diana

IKLAN

Sementara itu, Farid sebelum ini dibawa ke mahkamah bagi menunggu keputusan sama ada reman terhadapnya akan disambung atau akan dibebaskan selepas tempoh remannya berakhir pada Selasa.

Terdahulu, bintang tersebut telah menjalani tempoh reman empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir pada Isnin. Namun, ia disambung sehari sehingga Selasa (hari ini).

IKLAN

Pelakon berusia 37 tahun itu telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Ikuti video secara langsung yang disiarkan menerusi FB Live Media Hiburan sekitar kes melibatkan Farid, pada selasa.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155331489933435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI