“I Feel You Bro,” – Kagum Bakat Abang Gee Bebel Dalam Satu Nafas, Azhan Rani Cadang Jadi Hero Drama

Share

Leteran dengan hanya ‘satu nafas’ lengkap dengan kata-kata yang cukup mencengkam dada, lelaki yang dikenali sebagai Abang Gee ini menunjukkan kehebatan ‘menyerang’ peniaga karipap oksigen (kurang inti).

Ulasnya, peniaga karipap seringkali meletakkan kuantiti inti yang sedikit sambil menunjukkan bukti menerusi video yang dimuat naik.

Azhan Rani yang mengulang siar video ini turut bersetuju dengan pandangan bintang media sosial itu dan dalam masa yang sama mencadangkan agar Abang Gee diberi peluang melakonkan watak utama drama atas kelancarannya berkata-kata.

I feel you bro. Bohong kalau tak pernah ada dalam situasi ni. cuma mulut aku tak selancar brader ni je, senafas je dia bagi.

“Tapi kan tetiba aku rasa macam best kalau brader ni jadi hero slot akasia ke samarinda ke pairing dengan @ucheefukada, berani tak nak tengok.

“Confirm aku melekat malam2 depan tv tengok.. berani ke tidak cc : @budakijat,”

kongsinya lagi.

Terhibur dengan perkongsian pelakon Nur 2 ini, netizen turut menyatakan pandangan masing-masing di ruang komen.

Foto : Instagram Azhan Rani

IKLAN