Leteran dengan hanya ‘satu nafas’ lengkap dengan kata-kata yang cukup mencengkam dada, lelaki yang dikenali sebagai Abang Gee ini menunjukkan kehebatan ‘menyerang’ peniaga karipap oksigen (kurang inti).
Ulasnya, peniaga karipap seringkali meletakkan kuantiti inti yang sedikit sambil menunjukkan bukti menerusi video yang dimuat naik.
Azhan Rani yang mengulang siar video ini turut bersetuju dengan pandangan bintang media sosial itu dan dalam masa yang sama mencadangkan agar Abang Gee diberi peluang melakonkan watak utama drama atas kelancarannya berkata-kata.
“I feel you bro. Bohong kalau tak pernah ada dalam situasi ni. cuma mulut aku tak selancar brader ni je, senafas je dia bagi.
Ads
“Tapi kan tetiba aku rasa macam best kalau brader ni jadi hero slot akasia ke samarinda ke pairing dengan @ucheefukada, berani tak nak tengok.
“Confirm aku melekat malam2 depan tv tengok.. berani ke tidak cc : @budakijat,” kongsinya lagi.
Pelakon senior, Datuk Afdlin Shauki akui bahawa dia tidak boleh menghalang minat anaknya untuk turut sama ceburi bidang lakonan.
Kongsi pelakon filem Papadom ini lagi, sekiranya anak-anak terlibat dalam dunia hiburan, dia sebagai bapa cuba memberi semangat dan sokongan buat mereka.
“Sebenarnya saya suruh anak-anak saya jadi doktor, usahawan, jurutera. Tetapi akhirnya mereka ‘sangkut’ ke arah hiburan pula.
“Seorang masuk bidang muzik, seorang lagi masuk lakonan dan yang bongsu pula nampaknya seperti ke arah hiburan juga sebab dia minat K-Pop,” kata Afdlin kepada MH.
Malah, Afdlin juga mengakui sudah sedia lalui liku-liku kehidupan bergelar seorang artis kerana baginya ia merupakan suatu perkara mencabar.
“Saya tahu susah senang bergelar seorang artis. Kadang-kadang berada di atas, begitu juga sebaliknya.
“Lagi-lagi bila dah berkeluarga, tekanannya agak kuat dan mencabar.
“Mereka (anak-anak) tidak tahu apa yang saya sudah lalui, bagi mereka industri seni ini hanya menyeronokkan sahaja.
“Saya sudah beritahu hal sebenar tetapi anak-anak tetap ingin mengikut jejak ayahnya juga.
“Jadi, ini adalah masanya untuk saya perbaiki industri supaya apabila anak-anak jejak kaki, mereka akan berasa selesa,” kata Afdlin.
Terdahulu, bintang teater Pawana Isabella ini ditemui ketika majlis pelancaran Disney Wizards Of Warna Walk yang diadakan di Bangunan Ex8, Subang Jaya, pada Rabu.
Bagaimanapun, Afdlin menarik nafas lega kerana kehidupan bergelar artis kini semakin terjaga.
“Saya berasa lega apabila dengar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan melakukan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) kepada para pelakon.
“Perkara sebegini bagus untuk anak-anak kerana kebajikan mereka terjaga. Saya ingat kata arwah ibu saya, jika ingin berada dalam bidang seni, mesti jadi yang terbaik.
“Itu juga yang saya pesan kepada anak-anak saya,” jelas Afdlin.
Dalam perkembangan lain, Afdlin dan anak perempuannya, Mia Sara,19, bergandingan bersama buat pertama kalinya dalam Disney Wizards Of Warna Walk.
Selain Afdlin dan Mya, sitkom fantasi ini turut dibintangi oleh Emma Sofea, Idan Aeden, Carmen Soo, Zain Hamid dan ramai lagi.
Disney Wizards Of Warna Walk akan mula ditayang pada hari Jumaat, 30 Ogos 2019 jam 1 tengah hari menerusi saluran Disney Channel (Astro CH 615).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nina Iskandar tampil menjelaskan sebab dia tidak berkongsi foto bersama suami, penolong pengarah Azlan Adzanan,yang dikahwininya beberapa bulan lalu.
Kongsi bintang kelahiran Brunei ini, tindakannya itu bukan bermaksud mereka sudah bercerai.
Memperjelaskan situasi, Nina menjelaskan perkara tersebut menerusi Instagram Stories miliknya berikut ada netizen yang seperti mempersoal di mana suaminya, kerana kerap berkongsi foto secara solo.
“Suami awak dah ceraikan awak ke?,” tanya seorang pengguna media sosial.
Menurut Nina, jika ada pasangan yang tidak berkongsi foto bersama suami atau isteri, ia tidak bermakna pasangan tersebut sudah bercerai. Ini kerana, ia adalah untuk menjaga hal melibatkan soal privasi.
“Tuan-tuan dan puan puan. Kalau orang tak kongsi gambar dengan suami/isteri mereka tak bermaksud mereka sudah bercerai. Kadangkala mereka hanya mencuba untuk melindungi hal privasi mereka.
“Daripada Ain. Daripada fitnah. Daripada mulut macam korang ni. Jadi saya hanya kongsi apa yang saya nak kongsi. Saya benarkan anda untuk mengetahui apa yang saya pilih saja,” tulisnya tegas.
“Kehidupan saya privasi saya di atas kawalan saya. Jadi jangan nak skeptikal sangat fasal hidup orang ya. Saya dah nikah lama pun saya rahsiakan, apatah lagi isi hidup rumah tangga saya. Renung-renungkanlah,” kongsi Nina lagi.
Sekadar mengimbas, Nina telah selamat bergelar isteri kepada Azlan atau dikenali sebagai Lan Lebah April lalu dan diraikan dalam sebuah majlis resepsi baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Pelakon senior, Juhara Ayob yang sudah lama tidak muncul di pentas lakonan kembali melepaskan rindu sebagai menerusi persembahan teater Main Makyung Raja Gondang.
Menyifatkan kekangan masa antara punca dia kini agak jarang aktif dalam bidang lakonan selain memikul tugas sebagai pensyarah sejak 2007 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Juhara bagaimanupun peluang yang ada ketika ini tidak mampu untuk dilepaskan.
“Saya akui ada yang bertanya lama menghilang, saya ada tugas hakiki sebagai pensyarah jadi masa terhad. Kalau turun set penggambaran pasti makan masa.
“Tipu kalau kata tidak rindu. Jadi bila ada peluang seperti ini saya ambil peluang kembali ke pentas lakonan,” katanya jujur.
Pada masa sama, Juhara juga kini tidak keberatan untuk melakukan kemunculan semula dalam produksi drama jika sesuai dengan masa dan naskhahnya.
“Syukur sebab ramai juga yang masih kenal dan tegur di luar sana. Bagi saya yang pasti mengajar juga memberikan kepuasan iaitu dapat berkongsi pengalaman dengan pelajar,” kongsi Juhara yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin menerusi drama Cinta Si Penggali Kubur ini.
Berkongsi lanjut mengenai ‘comebacknya’ dalam Main Makyung Raja Gondang ini pula, persembahan tersebut dianjurkan oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA).
Apa yang menariknya, ia turut membabitkan tenaga pengajar, warga kerja, graduan serta pelajar ASWARA sendiri sebagai pelakon, penari, pemuzik dan juga pengurusan produksi.
“Persembahan ini juga diangkat sebagai aktiviti di bawah sambutan ulang tahun ke-25 ASWARA.
“Saya juga bertindak sebagai penerbit teater ini yang diarahkan oleh Che Kem yang pensyarah di Aswara serta membabitkan pelakon termasuk Along Ezendy,” jelas Juhara lagi.
Sekadar informasi, Makyung Raja Gondang bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen Aswara bermula pada 23 dan 24 Ogos depan jam 8.30 malam.
Sementara persembahan pada 25 Ogos pula ialah pada jam 3.00 petang dengan tiket berharga RM20 bagi dewasa serta RM 10 bagi pelajar.
Mereka yang berminat untuk menonton turut boleh mendapatkan pas tiket di pintu masuk panggung.
Terdahulu, Makyung Raja Gondang bertemakan dendam seorang anak raja iaitu Raja Gondang terhadap ayahnya, Raja Besar.
Disebabkan permaisuri Raja Besar iaitu ibu Raja Gondang (Tuan Puteri Gak Jetera) melahirkan anak sebiji Gondang, maka Tuan Puteri Gak Jetera telah dipukul palu dan dihalau dari istana.
Lalu, bermulalah konflik melibatkan keluarga diRaja berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!