“I Bukan Perempuan Kaki Kikis Duit Jutawan Kosmetik,” – Ifa Raziah Tempelak Siapa Lagi Ni?

Selebriti versatil, Ifa Raziah menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang kononnya mendakwa penyanyi yang popular menerusi lagu Ser Ser Ser ini ‘mengikis’ wang usahawan kosmetik demi kepentingan dirinya.

Kenyataan tersebut dibuat Ifa menerusi Instagram miliknya baru-baru ini. Katanya, dia juga meminta pihak terbabit untuk senaraikan berapa jumlah wang yang dikatakan sudah dikikis bintang terbabit.

“Hello I BUKAN PEREMPUAN KAKI KIKIS Duit JUTAWAN KOSMESTIK. Sila senaraikan berapa byk DUIT JUTAWAN KOSMETIK yg Ifa dah kikis? 

 

“Org yg bergelar ‘Dato Seri’ atau ‘Dato’ berhutang duit dgn aku LAGI adalah…,”tulisnya lagi.

Menurut Ifa lagi, perniagaan yang diusahakannya kini dibangunkan hasil dari wang sendiri, tanpa meminta belas ihsan daripada orang lain.

IKLAN

“Aku buat bisnes ni dgn duit sendiri tak ada hutang tak ada meminta belas ikhsan orang lain. Sedangkan ada Jutawan nak melabur dlm bisnes aku pun tolak cara baik.

 

“Nak serbu stokis aku kat Singapore konon! Nak report lagi?? Ko siapa??? Produk aku ada lesen, masuk Singapore ada permit, bayar GST Singapore…ko tu yang seludup sambal ko secara haram dari Malaysia masuk Singapore!,” tempelak Ifa yang turut mendakwa, individu tersebut dikatakan pernah membuat laporan polis terhadap dirinya.

Bagaimanapun, kes tersebut tidak diteruskan seperti mana yang ditulis Ifa.

 

IKLAN

“Ko dah buat report polis atas aku dulu, tak puas2 lagi ke? Last2 bila aku follow up kes report, PDRM cakap tak ambik kes pun…kat Singapore pun tak jadi kes…Polis pun tak cari aku. Siapa yang malu skrg?? Ya Allah Malunya !!!

 

“Ko cuba lagi lah…Serang jer selagi mampu! Ko kan gila glamour! Suka cari publisiti murahan! Nak tumpang populariti orang! Teruskan….Cuba lagi,” tulis Ifa.

View this post on Instagram

Syawal ke 3 ?? .. . . Hello I BUKAN PEREMPUAN KAKI KIKIS Duit JUTAWAN KOSMESTIK.. . . Sila senaraikan berapa byk DUIT JUTAWAN KOSMETIK yg Ifa dah kikis?! . . Org yg bergelar 'Dato Seri' atau 'Dato' berhutang duit dgn aku LAGI adalah…? . . Aku buat bisnes ni dgn duit sendiri tak ada hutang tak ada meminta belas ikhsan orang lain… Sedangkan ada Jutawan nak melabur dlm bisnes aku pun tolak cara baik… . . Nak serbu stokis aku kat Singapore konon! Nak report lagi?? Ko siapa??? Produk aku ada lesen, masuk Singapore ada permit, bayar GST Singapore…ko tu yang seludup sambal ko secara haram dari Malaysia masuk Singapore! . . Ko dah buat report polis atas aku dulu, tak puas2 lagi ke? Last2 bila aku follow up kes report, PDRM cakap tak ambik kes pun…kat Singapore pun tak jadi kes…Polis pun tak cari aku. Siapa yang malu skrg?? Ya Allah Malunya ?!!! . . Ko cuba lagi lah…Serang jer selagi mampu! Ko kan gila glamour! Suka cari publisiti murahan! Nak tumpang populariti orang! Teruskan….Cuba lagi… . . Tapi ifa nak credit jugak buat Partner Bisnes ifa dan juga designer kesayangan ifa ni baju raya dihadiahkan oleh @shanellharun ??

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on