Drama Terlerai Noktah telah pun tamat apabila episod terakhirnya ditayangkan malam tadi menerusi slot Samarinda TV3.
Memulakan siarannya menggantikan drama Sitik Tok bermula 26 Ogos lalu, drama arahan Amor Rizan terbitan terbitan Padi Pictures Sdn Bhd ini sedari awal mencuri perhatian ramai.
Jadi tidak hairanlah sekiranya episod akhir drama berkenaan menduduki carta trending teratas di Twitter, sebagaimana yang dikongsi menerusi Instagram Drama sangat.
Sementara itu, pelakon utamanya, Nabila Huda yang mendukung watak sebagai turut mengucapkan terima kasih buat penonton serta semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh penggambaran.
Ads
Malah lebih menarik, dia turut memuat naik babak yang tidak ditayangkan di kaca televisyen buat tatapan peminatnya di Instagram.
“Thank you for watching #TerleraiNoktah everyone! Nah i belanja shot yang dibuang sebab terlalu phsyco mungkin! Haha.
“Dia kasi kite watak psycho path, she all out lah. Sekali tak boleh daaa keluar kat TV! Good job untuk semua pelakon, my director @amorizan dan mereka dibelakang tabir,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ads
Selain Nabila Huda, drama 9 episod ini turut dibarisi pelakon seperti Raysha Rizrose, Aidil Aziz, Atikah Suhaime, Azhan Rani, Hariz Hamdan, Ainul Aishah dan ramai lagi.
Ia turut disiarkan menerusi saluran Disney+ Hostar Malaysia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan, Iqbal Zulkefli tampil mendedahkan dia tidak akan lagi berkeras untuk memperisterikan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sekiranya wanita terbabit tidak cenderung untuk kembali kembali mendirikan rumah tangga.
Dia pada masa sama turut memohon maaf atas isu tular berpanjangan melibatkan hal yang berkaitan, selain akui perlu hormati perasaan dua anak Vida, Cik B dan adiknya, Kacak.
“Assalamualaikum semua. Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Dato Seri Vida sebagai isteri; seandainya beliau sendiri tidak menuju kearah perkahwinan.
“Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah,” jelasnya.
Perkara tersebut dikongsikan bekas pembantu peribadiVida itu menerusi Insta Stories, pada Jumaat.
Menyifatkan apa yang berlaku bukan satu strategi marketing, ahli perniagaan asal Kelantan itu turut mendedahkan dia tidak pernah terfikir untuk mengambil harta selain reda andai mereka tiada jodoh.
“Demi Allah, ini bukan marketing semata meskipun benar beliau ada diselitkan promosikan produk dan saya memberitahu kepada Dato Seri Vida, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu menaikkan sales syarikat beliau.
“Seperti mana saya telah merekodkan jualan tertinggi di syarikat Vida Beauty sebelum ini dengan jualan RM300,000 setiap hari secara konsisten (retail). Namun, perancangan kami untuk berkahwin adalah bukan marketing.
“Sepanjang hampir 7 tahun saya mengenali beliau, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja. Namun, tidak dinafikan banyak wang beliau telah laburkan untuk saya.
“Itupun, cara saya membalasnya adalah menggantikan dengan lakukan jualan lebih 10 kali ganda setiap kali beliau keluarkan bajet untuk saya. Demi Allah, saya tidak pernah mencuri wang beliau.
“Saya tetap menyayangi beliau seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodohan. Saya fikir, ini bukan terlalu awal saya mengalah.
“Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin. Saya banyak perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya.
“Saya risau, di saat saya sakit, jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya,” tulisnya lagi.
Iqbal pada masa sama meminta untuk tidak memutuskan hubungan baik yang sedia terjalan di antara mereka.
“Cuma satu perkara saya minta, jangan putuskan hubungan baik saya dengan Dato Seri Vida. Saya perlu jaga beliau. Saya tiada masa untuk main-main kerana saya juga ada tanggungjawab serius.
“Terima kasih kepada semua media yang banyak bagi kerjasama kepada saya. Kepada semua yang mendoakan kebaikan, saya akan balas dengan lebih banyak berbakti kepada masyarakat,” tulisnya.
Pada akhir statusnya, Iqbal akui andai dia berkahwin dengan Vida dia akan dianggap mahu tumpang harta penyanyi lagu I Am Me itu.
“Andai saya berkahwin dengan Dato Seri Vida, selamanya saya dianggap menumpang harta Dato Seri Vida meskipun saya yang menaikkan bisnes beliau di saat saat kerap kali jualan jatuh.
“Saya tidak suka ungkitkan, namun terpaksa kerana tiada seorang pun berkata hal sebenar bagaimana saya telah berjuang untuk lakukan terbaik segalanya.
“Saya sendiri punya pendapatan sendiri walau tidak setinggi beliau. Cukup untuk saya miliki apa sahaja yang saya mahu,” tulisnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jalinan kerjasama di antara syarikat produksi, Zebra Studio Sdn. Bhd dan Tremendous Entertainment menyaksikan satu sisi positif buat industri perfileman tempatan.
Ini kerana, dua syarikat ini telah menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.
Menurut Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim, usaha tersebut setidak-tidaknya mampu mengembalikan kerancakan industri perfileman lokal yang terkesan susulan pandemik COVID-19.
“Tremendous Entertainment adalah syarikat terkemuka dalam penghasilan konten hiburan di kedua-dua ruang Pentas dan Media. Dengan kekurangan kandungan hiburan secara langsung dalam keadaan pandemik, kami mengambil kesempatan ini untuk fokus kepada industri media kami dalam 18 bulan ini.
“Penghasilan filem-filem dengan kerjasama bersama Zebra Studio ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih mantap di Malaysia bagi menghasilkan filem bertaraf antarabangsa,” jelasnya.
Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan CL Hor dan Sara Nattaya Azmi dari Zebra untuk menghasilkan dan membuat filem-filem ini dengan niat untuk mempamerkannya kepada dunia, kerana kami percaya bahawa kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia berpotensi tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” jelasnya lagi.
Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.
Sementara itu, Pengasas yang juga Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa tajuk hiburan paling terkenal di dunia.
“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan yang membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global.
“Ia bertujuan untuk mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia serta memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,” jelasnya.
Difahamkan, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor serta empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
Di samping itu, beliau menyatakan tiga filem tempatan berbahasa Inggeris turut akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia, India serta beberapa buah negara lain.
“Filem pertama dari 12 filem telah selesai dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan September ini dengan penerbitannya bermula pada bulan Oktober 2021,” katanya.
Diketuai oleh Pengarah pemenang anugerah antarabangsa CL Hor, Zebra Studio mempunyai ekosistem pengeluaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini mulai dari kemudahan audio hingga pos dan VFX.
Bersinergi dengan pasukan kreatif yang mahir dari Zebra Pixel yang diketuai oleh Penyelia VFX Hollywood Jae Cheol Hong, Zebra Studio dan Pixel dapat memperkaya kandungan Malaysia melalui penghasilan dan konseptualisasi kandungan inovatif di platform media tradisional dan baru.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kita dikejutkan dengan berita pemergian bapa kepada penyanyi, Faizal Tahir, ternyata hari ini juga merupakan hari yang amat menyedihkan buat pelakon, Ashraf Muslim selepas bapanya, Muslim Bulat turut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.
Menurut Ashraf, meskipun perkara tersebut agak berat untuk diterima, namun, dia sekeluarga tetap reda dengan segala ketentuan daripada Allah SWT itu.
“Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih. Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami,” tulisnya.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Bukan Cinta Malaikat itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ashraf turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama menitipkan doa semoga bapanya itu sentiasa tenang dan ditempatkan dikalangan para solihin.
“Saya sebagai anak yang sulong ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup, kalau ada hutang-hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.
“InsyaAllah, sama sama kita doakan semoga Ayah ditempatkan di tempat yang “Special” di alam baru nya bersama mereka mereka yang beriman . InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ashraf dak seluruh ahli keluarganya.
“Allahuakbar. Salam takziah. Al-Fatihah sahabat.
“Salam takziah. Semoga diberikan ketabahan.
“Salam takziah buat abang sekeluarga. Stay strong. Semoga dipermudahkan segala urusan,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, bapa kepada Ashraf telah pun dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas disahkan positif Covid-19 kategori 5B.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...