Kak Girl yang viral di media sosial ketika ini, atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan, 30, berasal dari Kg. Melayu Majidee Johor Bahru. Dia juga dikenali dengan nama Meera James tular di media sosial gara-gara video parodi lagu hindustan Chamiyya.

Aksi lip sync dengan gelagat lucunya boleh buat anda tak kering gusi. Lebih-lebih lagi melihat gaya ‘stone’ suaminya, Mohd Hafizi Marzuki, 26 di sebelah yang selamba memandu.

Bila dah viral, tentu ada saja suara berbunyi macam-macam. ‘Tak malu ke suaminya?’ ‘Kenapa sanggup buat macam ni?’ ‘Tak ada Kerja Lain ke?’

Mengikut temu bual laman web Mingguan Wanita, bila ditanya reaksi suami yang relaks semacam tu, katanya dia seorang yang positif.

IKLAN

‘Husband Saya Seorang Yang Sporting’ – Kak Girl

“He’s my biggest fan. Tiada apa yang nak dimalukan. Yes. He’s the best! Dia tahu gila-gila saya macam mana. Bak katanya, sebab itulah dia suka saya dulu. Tak fake. Alhamdulillah, husband saya seorang yang sporting.

“Dia tahu minat saya, sebab itu dia support apa saya nak buat. Asalkan saya tak melampaui batas. Dia juga tahu saya minat berlakon malah dia sanggup hantar saya ke KL untuk casting,” jelas Kak Girl lagi.

“Like he always said, hidup ini sekali je. Why don’t you just try? Do whatever you love to do as long as you always remember me,” tambah Kak Girl lagi.

Jom layan video lips sync daripada kak girl yang boleh hilangkan stress dan mencuit hati.

IKLAN

IKLAN

Sumber: Web Mingguan Wanita, youtube

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI