Nampaknya seorang lagi ahli kumpulan One Direction dah ‘off-limit’ apabila media antarabangsa melaporkan bahawa Niall Horan dan Hailee Steinfeld bercinta.

Perkara tersebut disahkan sumber rapat pasangan tersebut kepada E! News.

“Benar bahawa Hailee dan Niall sedang ‘berdating’ cuma ketika ini hubungan tersebut masih lagi cukup kasual,” katanya.

Berita tersebut tersebar hanya beberapa hari selepas pelakon filem “Pitch Perfect 3′ itu memuat naik gambar di laman Twitter miliknya mengenakan t-shirt konsert Horan.

IKLAN

Hubungan Hailee Steinfeld dan Niall Horan Mungkin Lebih Dari Seorang Kawan?

MH difahamkan bahawa peminat sudah membuat spekulasi bahawa kedua-duanya bercinta sejak Februari lalu apabila Horan dan Steinfeld dilihat menghabiskan masa bersama-sama menghadiri konsert Backstreet Boys di Planet Hollywood.

IKLAN

Hubungan Hailee Steinfeld dan Niall Horan Mungkin Lebih Dari Seorang Kawan?

IKLAN

Kemudian, Horan turut memuat naik ‘appreciation post’ bersemut sempena hari lahir Steinfeld di laman media sosial miliknya.

Ohmy! nampaknya ahli One Direction yang masih single sekarang ini hanyalah Harry Style. Apa-apapun MH turut difahamkan bahawa hubungan ini masih terlalu baru dan sukar untuk menentukan sama ada ia serius atau tak.

sumber: E! News

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI