“Hormat & Respect Kami Kepada Anda Sampai Ke Hujung Nyawa,” – Team ‘Frontliner’ Curah Bakti, Ini Respon Mark Adam

Share

Tiada kata-kata mampu diungkapkan bagi meluahkan penghargaan buat kakitangan barisan hadapan yang berkorban nyawa, masa dan keluarga bagi memastikan Malaysia terus bertahan dalam menghadapi wabak Covid-19.

Sekeping foto yang dikongsi mendatangkan rasa sebak, kakitangan hospital terduduk dan terbaring keletihan di ruang koridor hospital demi memberi khidmat buat mangsa jangkitan Covid-19.

Kongsi Mark Adam, dia cukup menghormati dan akan mengingati jasa yang dicurahkan sehingga ke hujung nyawa.

“Hormat dan respect kami kepada anda sampai ke unjung nyawa.

“Terima kasih banyak Frontliners, Doctors, Nurses, Police, Askar, Rela, Cleaners Dan semuanya.

“Kami doakan yang baik2 untuk anda Semua Dan Keluarga anda, Jaga diri Sentiasa,” jelasnya.

Netizen turut tersentuh dengan perkongsian foto tersebut dan mendoakan yang terbaik buat kakitangan barisan hadapan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 19 petugas kesihatan awam dijangkiti COVID-19, termasuk dua yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan mesin pernafasan.

Beliau berkata turut dijangkiti ialah lima kakitangan perubatan swasta.

Foto : Instagram Mark Adam

IKLAN