Setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya dan setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan hidup bahagia di sisi masing-masing serta anak-anak sehingga hujung nyawa mereka.

Hari ulangtahun perkahwinan pastinya merupakan hari istimewa buat setiap pasangan mengimbau kembali kenangan pahit manis yang telah dilalui sepanjang hidup bersama.

Penyanyi dan pelakon Leez Rosli juga turut mengambil kesempatan mengucapkan ucapan ulangtahun perkahwinannya yang sangat bersemut buat suami tercinta, Aepul Drama Band di akaun Instagramnya.

IKLAN

“Our journey still jauh..ada byk lg yg nak kami ragui (sila tabah seumur hidup yer.. ?) ada byk lg yg nak d argue kan(walaupun kita both spesies xsuka nk bebel2 ?),ada byk lg yg nak d sabar kan, n ada byk lg kebahagiaan yg nak d kongsi kan bersama,inshaAllah.. but wallahi,aku mencintaimu kerana Allah SWT.. ❤ hope ampa xmenyesal kahwin dgn kami,sbb kami xpernah menyesal punya suami mcm ampa.. ? Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perkahwinan/keluarga kita ini,sehingga d kurnia kan mawaddah warahmah.. Happy 3rd Annyversary my bestfriend, my ex fiance,my not too tall, dark and handsome man..aauummmm!!! ??? #2712,” tulis ucapan romantik daripada Leez buat Aepul.

Alahai bersemut betul MH baca ucapan Leez untuk suami tercinta malah bukan MH sahaja yang dapat merasakan betapa romantik dan sweet ucapan Leez itu. Peminat dan pengikutnya di Instagram juga turut merasakan perasaan yang sama seperti MH.

Rata-rata daripada mereka mengucapkan happy anniversary dan turut mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

IKLAN

sazlindazman: Happy anniversary uols @aepul.roza @leezrosli_officialmy semoga bhagia hingga ke syurga! ?

hasliafariza: Wahh tahniah…happy anibesery @aepul.roza @leezrosli_officialmy semoga kekal hingga ke jannah?

IKLAN

cikmanis84: Suwittt!! Happy annivrrsary.. Moga bahagia hingga ke jannah..

MH juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan buat Leez dan Aepul. Semoga rumah tangga mereka sentiasa diulit rasa bahagia dan kekak hingga ke syurga.

Sumber: Instagram Leez Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI