Alhamdulillah, akhirnya Instagram Janna Nick telah kembali pulih seperti sedia kala.

Walaupun kehilangan hampir 100k pengikut Janna akhirnya menarik nafas lega apabila berjaya mendapatkan semula akaunnya dengan selamat.

Hilang 100k Pengikut, Janna Nick Dapat Semula Akaun Instagramnya

Jika sebelum ini jumlah pengikut Janna mencecah 3.1juta dan kini hanya tinggal 3juta sahaja namun ia tidak mengecewakan kerana gambar-gambar yang pernah dimuat naik Janna turut dapat diselamatkan.

IKLAN

Melalui sebuah posting, Janna berkongsi rasa syukur dan gembira dengan mengucap “alhamdulillah” dan mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya.

Malah, Janna juga turut mula berkongsi IG stories di akaunnya itu membuktikan semuanya sudah kembali pulih seperti sedia kala.

IKLAN

Terdahulu, ramai tertanya-tanya apa sudah jadi dengan akaun Instagram milik Janna apabila akaun tersebut kehilangan beribu gambar dan hanya menggunakan warna hitam sebagai display picture.

Lebih suspen apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah muat naik beberapa gambar jelik Jannah dengan kapsyen yang kurang sesuai.

IKLAN

Hilang 100k Pengikut, Janna Nick Dapat Semula Akaun Instagramnya

Apapun MH harap selepas ini Janna lebih berhati-hati dan memeperketatkan lagi keselamatan akaunnya itu.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI