‘Hidup Tu Jangan Biadap!!!’ – Izreen Azminda Mengamuk Kerana Anak

Anak adalah nyawa bagi setiap ibu dan bapa. Pastinya kalau anak kita disakiti oleh orang lain, kita akan berasa marah.

Baru-baru ini, MH ternampak satu posting pelakon popular, Izreen Azminda di Instagram meluahkan rasa marah apabila terdapat satu akaun media sosial mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya dan anak pelakon, Amar Baharin mempunyai kaitan.

Menurut pemilik akaun tersebut, dia menyatakan bahawa terdapat pengikut mereka yang bertanyakan kenapa wajah anak Amar dan Izreen kelihatan seakan sama.

Dalam pada itu, diruang kapsyen akaun terbabit meminta bekas suami kepada Izreen Azminda membuat ujian DNA kerana risau anak itu bukan darah dagingnya.

IKLAN

Rentetan daripada hal ini membuatkan Izreen begitu berang sekali dan berkata jangan ingat dirinya diam bermakna dia tidak ambil peduli dengan hal sebegini.

“Hidup tu jgn biadapppp!!!! Takder life ker??? Sampai anak saya awak nk babitkan!!! Nk mengata sy pun mengata n tabur dosa dekat sy jer lah..

“Yg nk babitkan anak amar dan anak sy yg tak berdosa ni dah kenapa???!!!! Saya berkahwin dgn bekas suami 30.8.2012 dan anak saya lahir pada 13.07.13.. Kalau anak org lain apa jadahhhhnya bertahun tahun dlm perot!!! Org kalau ada life dan bahagia takkan sibok pasal kehidupan org lain!!!

 

“Nmpk sgt awak tak bahagia sbb tu sebokkk nk korek kehidupan manusia lain!!! Saya diam agak lama eh…

 

“Ada juga yg nk kena tindakkan ni!!! Jgn ingat saya diam.. sy tak amik peduli…. Nmpk sgt hati awak tu busuk sampai followers awak sendiri yg hantar pic ni dekat saya!!!tunggu ehhhh!!!

 

“(TAK MENTION NAMA SAYA PUN DAH TERANG TERANGAN TU MUKA ANAK SAYA.. BODOH TU SIMPAN SIKIT!!! ALHAMDULILLAH DIATAS FITNAH YG DILEMPARKAN… JANJI SAYA BAHAGIA ATAS REZEKI DAN KETENTUAN YG ALLAH BERIKAN UNTUK SAYA… KORANG? HATI KOTOR DAN PENUH DOSA.. TIAP2 HARI TAMBAH DOSA…SBB TERLALU GHAIRAH NK BUKA AIB ORG LAIN…OWH LUPA…ORG TAKDER LIFE…DIRI SUCI TANPA DOSA CONFIRM MASOK SYURGA…SADISSSS ??),” tulis Izreen meluahkan rasa marahnya.

Bagi MH, tidak sepatutnya perkara sebegini terjadi. Jangan terlalu mudah membuat spekulasi yang boleh jatuh fitnah sebegini.

IKLAN

Janganlah kaitkan anak-anak dalam hal macam ni kan?

Buat Izreen dan Amar, MH harap korang diberikan kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah netizen yang sering membuat spekulasi yang tidak benar sebegini.

Sumber: Instagram Izreen Azminda