“Hidup Seorang Ibu Kucing,” – Membebel Dengan Kucing, Nabila Huda Kata Sharifah Amani…

Share

Melihat klip yang dikongsi Sharifah Amani menerusi laman Twitter, sakan betul dia membebel dekat kucing peliharaannya gara-gara kuku si comel tersangkut di baju.

Amani ‘berceramah’ panjang lebar apabila si comel degil tidak mahu potong kuku, akibatnya ini yang selalu terjadi.

Apa yang lebih lucu apabila kucingnya membalas dengan rengekan manja seolah-olah faham sedang dimarahi.

Nabila yang turut terhibur melihat keletah kedua-duanya gelak besar dan mengatakan memang inilah situasi yang selalu berlaku kepadanya. Berborak dan menjawab sendiri apabila dengan kucing.

“Bahahahahaa!!weh Apsal Aku gelakkk all out ni ek? Kite memang borak dengan dorang macam anak eh!padahal Dia tak jawap,kite macam reply depa jawap something.hahahaha.”

Kata netizen, sudah lumrah si pencinta kucing akan menggelarkan diri mummy, kakak atau opah kepada kucing masing-masing. Comel kan?

Foto – Instagram Sharifah Amani

IKLAN