Sejak kebelakangan ini nama pelakon, Iqram Dinzly nampaknya sering disebut-sebut eh netizen selepas memuatnaik video live di Instagram yang sedikit pelik sehinggakan pelbagai spekulasi timbul.

Ramai juga rakan-rakan artis yang turut memberikan sokongan dan kata-kata positif buat Iqram.

Terbaru pengarah dan penerbit terkenal, Mejar (K) Datuk David Teo juga telah memberi kata-kata nasihat buat Iqram menerusi akaun Instagram miliknya.

‘Hidup Perlu Diteruskan, Jangan Musnahkan Bakat’ – Giliran David Teo Nasihat Iqram Dinzly

IKLAN

“Nasihat ikhlas untuk @iqramdinzly ,
Pertama kali saya ingin mengucapkan takziah kepada Iqram atas pemergian arwah ayah tercinta. Namun hidup perlu diteruskan. Setiap yang hidup pasti kembali. Kita perlu redha dengan ketentuan Tuhan. Semuanya sudah tertulis. Yang hidup hanya perlu mendoakan mereka yang sudah tiada semoga rohnya dicucuri rahmat. Saya harap Iqram kembali seperti dulu dan mewarnai kembali industri hiburan. Hidup perlu diteruskan. Jangan musnahkan bakat dan cita-cita yang ada kerana tekanan perasaan. Kembali kepada pencinta. MIG sentiasa mendoakan Iqram sentiasa beristiqamah di jalan yang diredhai olehNya. Semoga tuhan merahmati Iqram Dinzly. #setiapmasabernilai #kitaok #metrowealth #lakumall @metrowealth @lakumallofficial @dunia_sinema @migmuzik.my #iqramdinzly #MIGTeam,” tulis David.

Rata-rata pengikut David di Instagram juga turut mendoakan agar Iqram kembali menjadi dirinya yang dahulu.

fatinellya: Semogaa iqram normal kembalii aminnnn,dann semogaa iqram dapat menerima ujian dan dugaan darii yg maha esaaa aminn..iqramm akn bolehh normal kembalii insyaallahh???????

IKLAN

fatenateyn: Betul sy sokong 100% datuk David Teo. Kami semua rindukan Iqram Dinzly yg dulu. Please kembali semula ke jln Allah

i_am_nurul_amira: Nasihat david teo seperti org beragama ..? for the motivation ..semoga dia cpt pulih semangat

IKLAN

Nampaknya ramai peminat Iqram yang benar-benar merindukan Iqram yang dahulu.

Walau bagaimanapun, kita harus hormat dengan pendirian orang lain dan Iqram sendiri pastu tahu apa yang terbaik buat dirinya dan keluarga. Kita doakan sahaja yang baik-baik buat pelakon ini.

Sumber: Instagram David Teo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI