
Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT sepanjang kehidupannya.
Menurut Anzalna, dia memilih untuk memulakan setiap hari dengan melihat kehidupan dari sudut yang positif serta mensyukuri setiap rezeki yang diterima, tidak kira besar mahupun kecil.
“Bangun pagi ini dengan senyuman yang begitu lebar di wajah. Bila kita memilih untuk bahagia dan sentiasa bersyukur, walaupun dengan perkara-perkara kecil, kita akan sedar betapa banyaknya rezeki yang Allah berikan dalam pelbagai cara.
“Termasuklah melalui perkara yang tidak pernah kita jangka,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Dalam perkongsian sama, Anzalna turut mengajak orang ramai agar sentiasa menghargai segala nikmat yang dimiliki dan tidak terlalu mengejar kesempurnaan dalam kehidupan.
Tulisnya, kebahagiaan bukanlah terletak pada memiliki segala-galanya, sebaliknya terhasil apabila seseorang belajar menghargai setiap nikmat yang telah dikurniakan Allah, termasuk perkara-perkara kecil yang sering dipandang remeh.
“Kadang-kadang, hidup bukan tentang memiliki segala-galanya. Sebaliknya, ia tentang menghargai apa yang telah Allah berikan kepada kita dan mensyukuri setiap perkara kecil yang ada.
“Tanpa kita sedari, kita akan mula menyedari betapa banyak sebenarnya yang kita miliki untuk disyukuri,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Anzalna kini bahagia menjalani kehidupan bersama suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki serta dua cahaya mata mereka, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.