“Hello Papa, Sihat? Dah Makan?”- Respon Netizen Bila Lihat Anak Dara Salih Yaacob Konvo…Nak Try Ke?

Share

Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat kejayaan anak mereka tatkala sudah tamat pengajian.

Begitulah yang dialami pelakon dan penyampai radio, Salih Yaccob apabila anak perempuannya, Norfareshah yang baru sahaja selesai majlis konvokesyen.

“Hari ni convo anakku Norfareshah tahniah….sweeeeeeet,” tulisnya. 

Lalu, foto tersebut dihujani komen dari netizen yang gembira di atas kejayaan Norfareshah.

Malah, ada juga yang mahu ‘mencuri hati’ Salih atau mesra dengan panggilan Abang Jem dengan memanggilnya ‘ayah,papa dan daddy’.

Terdahulu, Norman Hakim dan Aeril Zafrel juga pernah melalui perkara sama apabila netizen, khususnya lelaki ‘mengusik manja’ anak pelakon itu untuk menjadi mertua mereka.

Foto : IG Salih Yaccob

IKLAN