Ads

“Hello, Nama Saya Indra,” – Siti Saleha Umum Kelahiran Cahaya Mata Sulung

Pelakon terkenal, Siti Saleha Mohd Baharum, kini melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya apabila selamat menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Joshua Fitton.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Siti Saleha menerusi satu hantaran di Instagram (IG), memaparkan video pendek memperkenalkan bayi lelaki mereka yang diberi nama Indra.

Dalam kapsyen ringkas tetapi penuh makna, pelakon itu menulis, “Hello, nama saya Indra”, sekali gus mencuri perhatian peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah pada ruangan komen.

Dalam video tersebut dapat dilihat Indra tampil aktif bergerak dalam persalinan jumpsuit corak belang hitam putih.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Bagaimanapun, pelakon siri popular 7 Hari Mencintaiku itu memilih untuk tidak mendedahkan wajah anaknya secara penuh kepada umum buat masa ini, selain turut tidak berkongsi tarikh sebenar kelahiran bayi berkenaan.

Ads

BACA JUGA: Siti Saleha Sah Bergelar Isteri, Majlis Nikah Di Janda Baik, Pahang

Ads

Untuk rekod, Siti Saleha mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan pereka fesyen, Joshua Fitton pada 15 Februari 2025 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Pasangan ini kemudiannya mengumumkan berita kehamilan anak lelaki mereka pada Julai tahun yang sama.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Walaupun Dilayan Dengan ‘Brutal’…,” – Bebas Pertuduhan Serang Bekas Isteri, Radhi...

Penyanyi, Radhi OAG memilih untuk tidak mengambil tindakan balas meskipun namanya dibebaskan daripada pertuduhan menyerang bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri, pada Ogos 2025.
error: Hello. Cannot.