Biarpun sibuk melaksanakan pelbagai misi kemanusiaan, jauh di sudut hatinya, Heliza Helmi rindu untuk kembali menyanyi.

Rentetan itu, selebriti berusia 31 tahun ini berusaha keras untuk menyusun jadualnya demi merakamkan single terbaru, Izinkan Kami Sebarkan Cinta.

“Saya sebenarnya rindu suasana rakam lagu, dapat berkumpul di studio selain mahu menghiburkan peminat.

“Sebab itu, sesibuk manapun, saya sanggup bekukan jadual sekejap untuk rekod lagu,” katanya pada Media Hiburan.

Heliza Helmi rindu…

Tidak keseorangan, lagu ciptaan Erwan Muhibbain itu turut dinyanyikan bersama adiknya, Hazwani Helmi; dan dua lagi penyanyi lain iaitu Sofea Humairan serta Alya Yassin.

“Asalnya, kami dapat tawaran untuk nyanyi lagu ini sejak tahun lalu.

IKLAN

“Mula-mula, hanya libatkan saya dan adik yang akan berduet dengan Erwan. Tapi, kerana jadual yang padat, kami terpaksa menangguhkannya.

“Akhirnya, dia tawarkan untuk berduet dengan anaknya Sofia dan penyanyi dari Brunei, Alya. Dan… ia kena pula dengan masanya,” katanya.

Mengulas lanjut, Heliza mengakui ‘terpikat’ dengan lirik lagu tersebut yang mengandungi nilai-nilai positif serta penuh bermotivasi.

“Jalan ceritanya berkisarkan kekeluargaan manakala kata-katanya sangat bermakna dan indah.

IKLAN

“Liriknya juga menggunakan kata-kata puitis dan lagunya bersifat doa,” katanya.

Heliza Helmi rindu…

Bukan itu sahaja, katanya, single berkenaan turut dilancarkan serentak dengan program motivasi yang berjudul sama, Izinkan Kami Sebarkan Cinta.

IKLAN

“Saya tertarik dengan program ini kerana ia bukan hanya mengajak orang ramai bersama-sama menyemai cinta tetapi turut menghimpunkan penggiat seni, ilmuwan dan usahawan.

“Saya berharap program ini tidak hanya sekadar memberi ceramah dan menyanyi, tetapi juga memberi peluang untuk dikembangkan kepada sitkom,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Heliza bakal meneruskan misi kemanusiaan ke Syria pada Disember ini.

“Insya-ALLAH, jika tiada aral kami merancang untuk meneruskan misi bantuan musim sejuk di Syria.

“Setakat ini, kami sedang mencari dana lagi dan berharap akan dapat lebih lagi kali ini.

“Walaupun sebelum ini kami berjaya mendapatkan dana RM1.7 juta, ia masih tidak cukup,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI