Heliza Helmi Buka Cerita Amalan Suci Blogger, Shearasol Sebelum Pergi Dijemput Illah Dua Tahun Lalu

Share

Bagi yang mengikuti perkembangan dunia maya blog kecantikan dan fesyen, pasti akan ada yang mengenai blogger terkenal yang disapa Shearasol yang telah pun dijemput Illahi kira-kira dua tahun lalu.

Shearasol atau nama lengkapnya, Allahyarham Farah Syahirah Rasol difahamkan meninggal pada Jun 2017 akibat penyakit kanser.

Lalu salah seorang sahabatnya, Heliza Helmi turut menyatakan dedikasi serta rasa rindu terhadap arwah. Kehilangannya nyata memberi kesan buat Heliza.

Menerusi Instagram, bintang ini ada berkongsi kenangan bersama genap dua tahun kehilangannya.

Lebih sebak, Heliza turut mendedahkan aktiviti Allahyarham, yang dijumpai adik arwah selepas kematiannya.

“IJA RINDU @shearasol, moga Shea sekarang sedang berada dalam taman taman Syurga Allah. Moga kita dapat berjumpa kembali di Syurga Allah. Aamiin.

“Selepas @shearasol meninggal dunia, adik shea terjumpa satu catitan Shea, sepertinya perancangan sebelum bertemu Sang Pencipta , ALLAH . Ija kagum MasyaAllahhh dengan @shearasol , hati bersih, dan mempunyai perancangan harian seperti ini.

“Kakja kongsikan kembali amalan @shearasol sebelum bertemu Allah, moga Allah berikan kita rezeki untuk terus beramal dengan amal soleh, moga apa Shea tulis ini , pahala berpanjangan buat Shea. Aamiin.

“Jom kita sama sama hadiahkan Al Fatihah buat sahabat yang Ija sangat rindui…. @shearasol. PS: Shea meninggal pada bulan Ramadhan , Hari Jumaat. MasyaAllahhh,” tulisnya panjang lebar.

Foto: Instagram Heliza Helmi

IKLAN