Kumpulan Rock, Drama Band sememangnya terkenal dengan gaya gimik mereka setiap kali ingin melancarkan single terbaru.

Pemikiran mereka dilihat sangat kreatif sehingga kadang kala tak tercapai dek akal.

Terbaru, vokalis kumpulan tersebut, Aepul Roza ada berkongsi poster terbaru single mereka yang diberi nama Jangan Buat Kerja Tuhan (JBKT).

Poster tersebut memaparkan seluruh ahli kumpulan Drama Band mengenakan sepersalinan kain putih yang dilihat saling tak tumpah seperti kain kafan.

Malah Aepul turut mengesahkan bahawa lagu tersebut akan secara rasmi dilancarkan pada Khamis.

IKLAN

“Okay confirm. Esok malam. Sebab……#JBKT #JanganBikinKerjaTuhan,” tulisnya.

Malah, menurut seorang lagi anggota tersebut, Faeez Ikhwan menyifatkan single tersebut seperti sebuah cerita hantu yang menyeronokkan.

“Kalau hati tak keras skip la. Tapi rugi kalau skip.

IKLAN

“Dia macam cerita hantu yang best, tapi kita cuak nak tengok,” menurutnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menanti gimik yang akan dipersembahkan oleh kumpulan tersebut.

“Hati Tak Keras Skip La,” – Satu Grup Pakat Balut Badan Macam Kain Kafan, Apa Pula Gimik Drama Band Kali Ini?

IKLAN

“Hati Tak Keras Skip La,” – Satu Grup Pakat Balut Badan Macam Kain Kafan, Apa Pula Gimik Drama Band Kali Ini?

Sebelum ini, single Drama Band berjudul Satu-Satu pernah tular di media sosial gara-gara didakwa menyindir seorang usahawan terkemuka di Malaysia.

Malah, persembahan mereka dipentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) turut mengundang kontroversi kerana menerapkan elemen lebih kurang sama.

Sumber: Instagram Aepul Roza

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI