Ibu mana yang tidak risau bila melihat anaknya punyai kesan luka di wajah. Itulah yang dirasai oleh pelakon kelahiran Pulau Pinang, Fasha Sandha.

Panik melihat kesan seperti cakar dihujung mata anak perempuannya Putri Raysha Jemaima atau lebih selesa dipanggil Jemyma, Fasha telah memuat naik sekeping gambar dan video keadaan anaknya.

Fasha yang sudah tiga hari tidak berjumpa dengan anak perempuannya itu berkata dia sangat kecewa dan mempertikaikan bagaimana anaknya boleh miliki kesan luka di wajah

Fasha juga memberitahu sepanjang menjaga anaknya selama 2 tahun 7 bulan, tiada satu luka atau parut berada ditubuh badan anaknya. Malah, di dalam sebuah video pendek yang dimuat naik ke Instagram, Fasha kedengaran terlalu risau.

‘Hati Saya Terguris’ – Fasha Sandha

IKLAN

Walaubagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan ramai ibu-ibu di Malaysia mula bersuara dan memberi respons terhadap hal ini.

Rata-rata dari mereka menasihati Fasha untuk jangan terlalu over protective. Jatuh, luka, dan parut itu adalah lumrah biasa buat kanak-kanak yang sedang eksplorasi dunia kelilingnya.

Malah, ada juga berpendapat Fasha harus lebih bijak mengawal perasaannya kerana apa yang terjadi pada anaknya hanya pekara yang kecil dan boleh diubati.

IKLAN

Bukan itu sahaja, ada juga mempersoalkan perlu ke Fasha muat naik perkara ini di sosial media? Bukankah boleh selesaikan dengan cara tertutup.

‘Hati Saya Terguris’ – Fasha Sandha ‘Hati Saya Terguris’ – Fasha Sandha ‘Hati Saya Terguris’ – Fasha Sandha

Menyedari tentang pekara tersebut, Fasha segera memuat naik lagi sekeping gambar di Instagram dengan kapsyen yang menekankan bertapa dia mengambil serius dalam segala hal tentang anaknya.

IKLAN

‘Hati Saya Terguris’ – Fasha Sandha

“Ini adalah kesan luka dan sedikit lebam. Ya, to some people maybe ia kelihatan kecil, but to me, ini satu perkara yang sangat mengguriskan hati saya. Untuk melepaskan anak, bukan satu perkara yang mudah. Hanya ibu yang benar2 ibu yang akan memahami perasaan ini. Saya paksa diri demi kebaikan anak2 , bila balik ada lebam luka begini, apa patut saya rasa sebagai seorang ibu?”

Tambahnya lagi, dia sebagai seorang ibu berhak untuk mengambil tahu apa yang terjadi pada anaknya.

“Saya menulis, kerana saya sgt terguris hati, saya bukan marah,bukan juga membesarkan hal, tapi saya menulis kerana saya berhak untuk menulis tentang apa yg saya lalui. Adakah kerana sy seorang artis, saya tidak berhak menulis?”

Malah Fasha juga berkongsi kekecewaannya itu berkata hanya ibu mithali sahaja yang akan memahami situasi seperti ini.

Apa pun kami harap segalanya dapat diselesaikan dan mudah-mudahan anaknya itu cepat sembuh dari luka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI