
Intan Najuwa
Pelakon Intan Najuwa meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata perempuan kedua tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri Intan menerusi hantaran terkininya di Instagram, sekali gus mengundang keterujaan dalam kalangan peminat.
“Saya rasa mungkin memang sudah tertulis untuk saya menjadi seorang ibu kepada anak-anak perempuan.
“Tidak lama lagi, seorang lagi puteri kecil bakal melengkapkan keluarga kami dan hati ini benar-benar dipenuhi rasa syukur serta bahagia yang sukar digambarkan,” tulisnya.
Baca Artikel Lain;
Menurut pelakon drama Racun Rihanna itu lagi, dia juga tidak sabar untuk sekali lagi melalui pengalaman indah membesarkan seorang lagi anak perempuan.
“Sejak dulu, saya sentiasa jatuh cinta dengan setiap momen membesarkan anak perempuan.
“Daripada gaun-gaun kecil yang comel, riben dan warna merah jambu, sehinggalah kepada setiap perincian kecil yang begitu manis.
“Kini, saya diberi peluang untuk merasai semua keindahan itu sekali lagi,” kongsinya lagi.
Malah, Intan turut berseloroh mengenai kehadiran seorang lagi ‘puteri kecil’ dalam keluarga mereka.
“Good luck Daddy kerana seorang lagi puteri kecil bakal hadir dalam keluarga kita.
“Nampaknya, makin bertambahlah ‘little minis’ nanti. Lebih istimewa, bayi ini dijangka lahir dalam zodiak Leo. Sama seperti Mommy,” jelasnya.
Dalam pada itu, Intan turut mengakui dirinya tersentuh apabila mengenangkan anak sulungnya, Imane Lunara bakal bergelar kakak tidak lama lagi.
“Lunara pula bakal bergelar kakak, dan sejujurnya, saya tak mampu gambarkan betapa gembiranya hati saya saat ini.
“Saya sudah tak sabar untuk menghias bilik kecilnya, membeli pelbagai barangan bayi perempuan yang comel, dan melihat Lunara membesar sebagai kakak yang paling penyayang buat adiknya nanti,” kongsinya.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama pada 15 Disember 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa