Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof memberikan amaran buat mereka yang memuat naik filem penuh Munafik 2 yang kini masih ditayangkan di pawagam di laman media sosial untuk ditonton secara percuma oleh orang ramai.

Katanya, tindakan mahkamah akan diambil buat mereka yang masih lagi berdegil.

“Hati2 kalau nak upload/share filem MUNAFIK 2 yg masih lagi tayang dipawagam.Takut nanti surat lawyer sampai depan rumah.

 

“Bukan susah nak trace IP address org yg upload tu.Siap boleh dapat ic no sekali dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

 

“Kadang2 lepas bagi amaran, mereka trus block sy tapi mereka tak tahu team sy lagi 20 org boleh tengok FB/YouTube channel mereka.

 

“Ada yg masih tak faham apa yg mereka buat ni sebenarnya salah besar disisi undang2 Malaysia.

 

“Sila padam video MUNAFIK 2 sebelum IP address anda dikunci. Dengan ini amaran telah diberikan pada anda bertarikh 19 September 2018.

 

“Amaran ini akan diguna pakai dimahkamah persekutuan sebagai bukti kukuh jika gagal dipatuhi.

 

“Dakwaan bawah akta hak cipta 1987 Denda 20 Ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

“Video yg melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes keatas anda. Harap maklum,” tulisnya di Instagram.

View this post on Instagram

Hati2 kalau nak upload/share filem MUNAFIK 2 yg masih lagi tayang dipawagam.Takut nanti surat lawyer sampai depan rumah. Bukan susah nak trace IP address org yg upload tu.Siap boleh dapat ic no sekali dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) . Kadang2 lepas bagi amaran, mereka trus block sy tapi mereka tak tahu team sy lagi 20 org boleh tengok FB/YouTube channel mereka. . Ada yg masih tak faham apa yg mereka buat ni sebenarnya salah besar disisi undang2 Malaysia. . Sila padam video MUNAFIK 2 sebelum IP address anda dikunci. Dengan ini amaran telah diberikan pada anda bertarikh 19 September 2018. Amaran ini akan diguna pakai dimahkamah persekutuan sebagai bukti kukuh jika gagal dipatuhi. . Dakwaan bawah akta hak cipta 1987 Denda 20 Ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. . Video yg melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes keatas anda. Harap maklum. Kasi #share la yer ☝ @maya_karin @cahayaasmawi @fizzfairuzofficial @fauzinawawi_new @nasirbilankhan171960 @norzarasophia #Munafik2

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

IKLAN

Sebelum ini, sedutan filem itu yang dirakam secara haram di dalam panggung viral di media sosial serta turut dikongsi oleh orang ramai.

IKLAN

Filem itu juga berjaya mememecah kutipan RM40 juta dalam masa 17 hari tayangan sahaja memecahkan rekod kutipan paling tinggi untuk filem melayu.

IKLAN

Foto/Instagam: Syamsul Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI