Pelakon Harris Annuar selamat menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, aktres Asha Merican selamat bersalin pada jam 11.51 malam Ahad di sebuah pusat perubatan di Perlis.
Berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya, Harris turut memuat naik gambarnya sedang mendukung anak sulungnya itu.
Bayi seberat 2.76 kilogram itu diberi nama Aura Medina oleh pasangan tersebut.
“11.51 PM, 26/3/2023, 4 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah, Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina binti Mohd Harris.
Ads
“Baby lato-lato @ashamerican,” tulis Harris di ruangan kapsyen.
Ketika sedang mengandungkan Aura, Asha pernah mengidam untuk bermain permainan viral lato-lato selain teringin memakan sabun mandi seperti mana yang dikongsikan Harris sebelum ini.
Ads
Untuk info, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 22 Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pergolakan rumah tangga melibatkan pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sememangnya menjadi perhatian ramai pihak terutamanya pengarah Mat Kilau itu enggan menceraikan isteri pertamanya itu.
Terbaharu, perkongsian video TikTok memaparkan Sarah, 38, gelak besar apabila netizen membuat andaian bahawa percutiannya bersama anak-anak ke Tokyo, Jepun baru-baru ini telah ditaja sepenuhnya oleh Syamsul dengan amaun sebanyak RM1 juta.
Menerusi video tersebut, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkata perkara itu seolah-olah mustahil berlaku apabila menjawab ringkas, “Lambat lagi.”
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka terhibur dengan gelak tawa Sarah yang seolah-olah melepaskan semua apa yang terpendam selama ini.
“The laughter tells so much.
“Sarah bukan ketawa kelakar tapi ketawa pendam dalam. Wajah dia tak happy pun, pendam dalam, deep inside.
“Keras perut aku gelak sebab dia gelak.
“Luaran nampak happy, dalaman dia sahaja yang tahu.
“Dia macam ha, Sol (Syamsul) bagi RM1 juta, selama ini semua aku sendiri punya duit weh,” komen sebahagian netizen.
Terdahulu, Sarah bercuti di Jepun bersama dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, pada Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh menggengam trofi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar ke-95 pada awal pagi Isnin ternyata menjadi inspirasi dan kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia.
Kemenangan yang diraih menerusi lakonan cemerlang Michelle, 61, menerusi filem Everything Everywhere All At Once itu turut mendapat pelbagai ucapan tahniah daripada orang ramai termasuk selebriti tanah air yang cukup berbangga dengan kejayaan anak jati kelahiran Ipoh, Perak itu.
Antara yang mendedikasikan kemenangannya itu ialah pelakon Nur Fazura, Alif Satar, Sharifah Shahira, Dr Soo Wincci dan Chef Wan.
“Sangat teruja dengan pencapaian yang diraih oleh kamu dan saya sangat berbangga dengan kamu,” tulis Fazura menerusi posting di laman Instagram miliknya.
“Tak pernah aku sangka, satu hari boleh tengok orang Malaysia menang Oscars. Amazing history, tahniah!” tulis Alif Satar.
“Dream big, have dreams, tahniah,” tulis Dr Soo Wincci.
“Kerja usaha dari muda, hasilnya… don’t give up everyone. Yang penting baik dengan mak, siapa ada mak, tak kira kerja apa ya, bukan berlakon sahaja. Congrats Tan Sri,” coret Sharifah Shahira.
“Pelakon Asia pertama menang kategori Pelakon Wanita Terbaik sepanjang 95 tahun penganjuran Anugerah Oscar. That’s a big wow! Tahniah!,” titip Chef Wan sambil memuat naik gambarnya bersama Michelle suatu ketika dahulu.
Kejayaan Oscars ini merupakan pelengkap buat Michelle yang sebelum ini turut memenangi trofi bagi kategori sama menerusi Anugerah Golden Globes, Screen Actors Guild dan Indiependent Spirit Awards.
Anugerah Oscar ke-95 berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles. Ia dihoskan oleh Jimmy Kemmel.
Michelle menewaskan empat pesaingnya iaitu Cate Blanchett, Ana De Armas, Michelle Williams dan Andrea Riseborough.
Sebelum ini, majalah terkemuka dunia, Time turut mengiktiraf Michelle sebagai Ikon Tahun 2022 di atas kejayaan perjalanan seninya sebagai bintang Hollywood yang bersinar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena Ramadan, Awesome TV kembali mengangkat tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ bagi melatari Kempen Ramadan 2023 yang sarat dengan pengisian komprehensif sepanjang bulan ini menerusi himpunan hampir 50 program menarik khas buat penonton.
Mulai minggu pertama Ramadan ini, para penonton bakal dihidangkan dengan pelbagai seleksi kandungan terhebat yang boleh ditonton menerusi platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112.
Mengulas lanjut mengenai pengisian kempen Ramadan tahun ini, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, pihaknya optimis menyajikan santapan program menarik sempena Ramadan untuk seisi keluarga.
“Untuk tahun ini, persiapan rapi sudahpun dibuat bagi menyemarakkan lagi pengisian kempen kami dengan menghimpunkan variasi program istimewa daripada pelbagai genre berbeza demi memenuhi citarasa semasa audiens.
“Selain daripada mempersembahkan program-program berunsur hiburan berkualiti tinggi, kami tidak ketinggalan untuk menyiarkan rancangan yang mempunyai pengisian nilai-nilai kerohanian serta
suntikan elemen-elemen pengajaran dan pendidikan dalam program yang disiarkan.
“Sebagai stesen televisyen, kami juga memikul tanggungjawab besar dalam mendidik masyarakat menerusi program yang mampu memupuk nilai-nilai murni dan positif misalnya, menjayakan inisiatif penerbitan program CSR ‘Ihsan Kita’ untuk mendekati audiens kami menerusi aktiviti kemasyarakatan di bulan penuh barakah ini,” katanya.
Dibariskan beberapa program TV menarik yang disajikan mereka, antaranya khusus buat peminat drama Melayu tempatan.
Drama ‘Jodoh Duda I’ 18 episod dibintangi oleh Azrel Ismail, Elisha Sandha dan Syazwan Zulkifly bakal menghiasi slot ‘Rom Com’ pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.30 malam bermula 27 Mac 2023.
Manakala drama ‘Kiblat Yang Hilang’ pula bakal mengambil alih slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Ahad jam 8.30 malam.
Sepanjang bulan Ramadan, program berunsur kerohanian seperti ‘Chit Chat Ustaz S3’, program bual bicara mengenai kisah 25 Rasul iaitu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ yang dikemudikan oleh PU Amin turut diketengahkan, setiap hari Isnin hingga Ahad jam 7.00 malam bermula 27 Mac 2023.
Program ‘Relax! Jangan Gaduh’ yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Scha Alyahya pula bakal membincangkan tentang hal-hal agama dan isu-isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian yang di adakan secara debat bersama ahli panel.
Program 12 episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7.30 malam bermula 31 Mac 2023.
Antara nama-nama popular yang turut diundang khas termasuklah Jihan Muse dab suaminya, Ungku Hariz, Pekin Ibrahim & Mona Allen, Aziz M.Osman & Puteri Lily Lokman, Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos, Zamarul Hisham & Diana Rafar dan ramai lagi.
Ia memulakan siaran setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7.30 malam bermula 31 Mac depan.
Turut disajikan ialah filem terhebat pelbagai negara, program masakan, food hunting, travelogue, bual bicara, dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian pengarah dan pelakon tersohor, Rob Reiner, bersama isterinya, Michele Singer Reiner, yang ditemui meninggal dunia di kediaman...