“Hari Yang Ditunggu Akhirnya Tiba,” – Fizi Ali Sedang Menanti Detik Kelahiran Anak Sulung

Share

Penyampai radio, Fizi Ali Hari ini ada memuat naik satu posting terkini menerusi Instagram, menyatakan kesediaanya dalam menantikan detik kelahiran anak sulung.

Mengakui perasaannya kini bercampur-baur, Fizi bagaimanapun mengharapkan proses bersalin isterinya, pelakon Shakila Khoriri berjalan dengan lancar.

“I’m ready!!!hari yang ditunggu akhirnya tiba jugak..tak tau apa perasaan sekarang ni..sedih,happy,takut semua ada..harap semua berjalan dengan lancar…semoga sis @shakillakhoriri kuat..love you,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Semoga semuanya dipermudahkan, amin.

Foto: Instagram Fizi Ali

IKLAN