Cukup manis dipandang. Tidak dinafikan, kebelakangan ini kian ramai artis wanita tempatan kita yang memilih untuk mengenakan hijab.

Malah, perubahan positif ini nyata mengundang senang peminat dan semuanya mendoakan moga bintang tersebut terus istiqamah dalam penampilan.

Menarik, kami kongsikan selebriti kita yang kini selesa tampil bertudung sejak tahun lalu sehingga bulan Mac 2021. Masing-masing memang tampak lebih ayu kan?

Ernie Zakri

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

Penyanyi Ernie Zakri mendapat perhatian ramai apabila dilihat mulai berkongsi penampilannya yang mengenakan tudung di media sosial Mac tahun lalu.

Terbuka berkongsi, penyanyi Gundah ini sebenarnya menambah hasratnya untuk bertudung sudah tersimpan lama. Bagaimanapun, niat tersebut semakun kuat selepas seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19.

Kilafairy

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

Penyanyi dan pelakon Kilafairy tampil ayu dengan imej berhijab sejak awal Jun. Tidak lagi sinonim dengan imej seksi, anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini turut mengambil keputusan untuk membuang semua foto lamanya di Instagram yang tidak menutup aurat dengan baik.

Malah sehingga kini, penampilannya yang kekal menawan meski menutup menjadi rujukan para wanita di luar sana.

Cik Manggis

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

IKLAN

Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin turut mengambil keputusan untuk terus bertudung sekitar Jun tahun lalu.

Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam ini menerusi temu bual sebelum ini memaklumkan, dia bertudung atas kehendak sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Masih kekal aktif dalam seni, bintang berusia 30 tahun ini turut menambah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin turut gembira dengan penampilan barunya itu.

Tash Yong

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

Pelakon dan penyanyi, Tash Yong juga ambil keputusan dengan berhijab kini sejak Aidiladha tahun lalu. Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli menjelaskan, dia bertudung kerana Allah SWT dan meminta ramai mendoakannya agar terus istiqamah.

Fathia Latiff

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

Pelakon dan penyanyi, Fathia turut meminta doa ramai selepas kembali mengenakan tudung. Dia yang kini mulai fokus berniaga menjadi perhatian ramai selepas bertindak membuka tudung selepas berhijab kira-kira empat tahun sebelum ini.

Malah, dia juga dilihat telah memadam semua gambar yang tidak memakai tudung di laman Instagram. Doakan yang terbaik buat Fathia. 

IKLAN

Hannah Delisha

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

Sudah pun bergelar isteri orang, bintang asal Singapura, Hannah Delisha beberapa bulan lalu mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya berhijab di Instagram dengan kapsyen “Bismillah…”.

Zara Zya

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

Pelakon, Zara Zya, 36, membulatkan tekad untuk bertudung sejak awal September tahun lalu. Sebelum ini, bintang drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu dilihat memuat naik gambar bertudung hingga menarik perhatian pengikut.

Selain berlakon, dia juga kini aktif dalam bisnes makanan dan kek.

Ika Nabella

IKLAN

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

Ibu kepada seorang cahaya mata ini mula berkongsi mengenai dirinya yang kini tampil bertudung sekitar Oktober tahun lalu.

Ika menerusi laporan media meminta ramai agar mendoakan agar dirinya kekal istiqamah. Malah, pelakon Bahagia Bukan Bidaan itu mendedahkan dia sudah lama berhijab, tetapi tidak dikongsikan dalam laman sosial.

Intan Sarafina

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

Penyanyi Intan Sarafina berkongsi kepada media dia telah pun bertudung litup sekitar Januari lalu. Jelas Intan, dia mula tekad untuk berhijab selepas terjatuh dan mengalami retak tulang di bahagian jari kelingking kaki kiri sehingga dimasukkan ke wad pada 17 Januari lalu.

Bintang Gegar Vaganza musim ketiga ini juga turut mendedahkan, dia kini berada lebih gembira dan tenang.

Syanie Hisham

Hari Wanita Sedunia : Doakan Terus Istiqamah, Ini Barisan Artis Kita Yang Sopan Bertudung

Bintang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 19 Februari lalu pula mendedahkan keputusannya untuk berhijab disambut baik ahli keluarga serta suaminya, Zahril Hafiz Mohammed Nor.

Syanie, 47, juga mengakui telah pun menyatakan hasrat murni itu kepada suami (ketika itu masih bertunang) untuk berhijab sebelum ini.

Foto: Instagram Selebriti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI