“Hari Tu Dia Cakap Mimpi Pregnant, Hari Ni Pergi Check Alhamdulillah…,” – Tahniah! Isteri Mukhlis Rosdi Hamil 5 Minggu

Share

Ustaz viral, Mukhlis Rosdi memaklumkan berita gembira apabila isterinya, telah pun hamil.

Usia kandungan isterinya kini baru sahaja mencecah lima minggu.

Menyifatkan berita kehamilan isteri merupakan suatu rezeki yang tidak putus-putus dariNya, instafamous yang lebih sinonim dipanggil Ustaz Rock suatu ketika dahu ini turut mendedahkan, isterinya pernah bermimpi dirinya hamil.

“Alhamdulillah rezeki besar tahun ni. Syukur ya Allah di atas rezeki yang tidak putus2. Haritu dia cakap dia mimpi pregnant.

“Harini pergi check Alhamdulillah betul2 pregnant dah 5 minggu dah katanya doktor tu dia kira dari tarikh akad nikah,” tulisnya.

Pada masa sama, Mukhlis turut meminta peminat supaya mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

“Bunting pelamin orang tua cakap. Korang doakan perjalanan ini semuanya selamat ya. In sha Allah. Amin ! I love @nazreenazurahijab,” tulis Mukhlis lagi.

Tahniah diucapkan buat Mukhlis dan isteri!

Foto: Instagram Mukhlis Rosdi

IKLAN