Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rock popular negara kita, Amy Search yang terkenal dengan taglinenya, ‘phewiiit’.

Bersempena hari pekerja semalam, Amy menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi pekerjaan pertamanya iaitu dia bekerja sebagai buruh kasar.

Kata penyanyi ini, dia tidak akan melupakan kerjanya membancuh simen di hari pertama bekerja kerana detik itu merupakan permulaan kisah dia mencari sesuap nasi.

IKLAN

“Kerja pertama aku sbagai buruh kasar di di tapak perumahan baru di Tmn Iskandar, Pasir Pelangi dgn bdk2 kg aku, mna lgi bdk kg Bakobatu lar. Hari pertama mula kerja bncuh simen tkn aku lupa sbab itu bermula perjalanan cerita cari mkn aku.

 

“Dri Kerja buruh kasar aku jdi seorng pengimpal. Lps puas berpanas terik berhujan aku kerja ofis jdi mat despatch di 2firma accountant dn lawyer di Komtar,Jb. Kerja aku yg terakhir sblom aku ke dunia seni aku kerja sbagai piano tunner di Yamaha music.

 

“Dlm waktu itu aku dh mula bertnya diri aku apa yg aku inginkan. Yeah…aku pergi ke ibukota… aku nk jdi star!!! Besar impian besar lah dugaan. Aku so eager utk rempuh dugaan sbab di belakang dugaan itu ada sesuatu yg indah. ku rempuh azap sengsara, tk kisah asal bersua.

 

“Harini bila aku toleh belakang aku senyum sbab dgn impian, doa dn restu yg bawa aku ke sini. Buat semua peminat #Malaysia #Indonesia #Singapore #Brunei aku ucapkan Selamat Hari Buruh. Moga Allah bless us all. ✌❤ selama nya #amysearch® #phewiiit® #bdkbakobatu #bdkjohor,” tulis perkongsian Amy.

Nampaknya perkongsian Amy ini betul-betul membuatkan peminat-peminatnya bangga melihat kejayaan artis kesayangannya itu.

gemini140910: Happy Labour Day to Amy dan teman2 sepejuangan juga smoga success slalu sabar menghadapi apa jua cabaran yg akan dtg Aaminnn yarabbalamin ?All d’ Best??????

IKLAN

afida62: Alhamdulillah nice life journey…. ???May Allah bless you and shower his blessings upon you❤

IKLAN

asmawatyriz.ink: Banyak kisah yg abang lewati, tak pernah luput dr usaha dan doa, MENITI TITIAN USANG hingga akhirnya MENUJU PUNCAK.. Sukses selalu My Idol (A)my Inspiration @aku.amysearch ?✌??

homestayzaharah: inspired story. menapak dr bawah hidup lebih bermakna.

Sumber: Instagram Amy Search

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI