Nadzmi turut berkongsi momen sekitar majlis khatam al-Qurannya menerusi Insta Stories.
Ads
“Alhamdulillah. Selesai satu tuntutan. Masih banyak kekurangan banyak lagi kena belajar dan terus belajar. Umur 27 Baru nak khatam.
“Sesungguhnya sangat berharga al quran ini pada saya. Tak ternilai harganya. Tiada kata yang mampu saya ucapkan,” tulisnya.
Bagaimanapun pada kapsyen akhir, Nadzmi seperti memberikan bayangan sesuatu apabila meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk dirinya, dalam hari meniti hari.
Ads
“Semoga Allah permudahkan segalanya bagi saya. Dan memberikan keberkatan dalam hidup saya.
“Hari menanti hari. Doa yang baik baik buat saya ya. Hari yang sangat bermakna buat saya,” maklum Nadzmi lalu mendapat reaksi pelbagai di ruangan komen.
Ads
Malah, respon yang diberikan rakan selebriti juga turut menjadi tanda tanya, sama ada mungkin Nadzmi bakal akhiri zaman bujang, tidak lama lagi.
Kalaulah betul… siapa gerangan gadis bertuah tu ya?
Foto: Instgram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski belum pun ditayangkan, Telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi turut mendapat reaksi yang pelbagai, termasuk Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Abdul Rahman menerusi Sinar Harian, menjelaskan perkara tersebut apabila wujud drama yang mengaitkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di pusat tahfiz.
“Telemovie itu hanya merosakkan imej maahad tahfiz, sekolah agama dan institusi Islam.
“Sedangkan kita ketahui kes-kes yang dilaporkan berlaku di tahfiz adalah kes terpencil.
“Tahfiz adalah tempat anak-anak belajar menghafal al-Quran. Kitab suci ini tidak boleh dihafal melainkan orang yang bersih hatinya.
“Bagaimana boleh mengatakan budak budak tahfiz yang menghafal al-Quran melakukan LGBT?,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, karya terbabit turut mendapat reaksi Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menyifatkan ia ibarat cubaan menanam persepsi negatif terhadap institusi tahfiz.
“Apabila pusat-pusat pengajian ini dipandang serong, sedikit sebanyak ia akan terpaut kepada aktiviti serta pengisiannya sekali iaitu al-Quran.
“Pembinaan filem ini sebenarnya tidak mampu menyekat pandangan umum masyarakat kepada tahfiz-tahfiz dan al Quran itu sendiri.
“Kenapa mesti drama ini terfokus kepada tahfiz? Kenapa dengan sekadar sedikit maklumat pengetahuan kita tentang hal ini sudah mendorong untuk jadikannya tema untuk filem, padahal banyak lagi hal yang lebih wajar diberi fokus,” katanya.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum ini mempertahan siaran naskhah tersebut dan menyatakan isi kandungan drama tersebut sebenarnya tiada niat memaparkan sisi negatif pusat tahfiz.
Sebaliknya, ia lebih sarat kepada mesej berguna yang boleh dijadikan pengajaran masyarakat.
Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi terbitan Prokuya Studios ini membariskan pelakon seperti Syafie sebagai teraju utama, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Sheila Mambo, Arman Graseka dan ramai lagi.
Foto : Sinar Harian & Prokuya Studios
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lebih dua tahun tidak muncul menerusi mana-mana naskhah filem, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin optimis mengharapkan filem terbaru lakonannya, Dendam Pontianak mendapat reaksi positif penonton apabila ditayangkan kelak.
Bakal ditayangkan 12 September depan, penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 itu membawa watak sebagai puntianak bernama Mina.
Bintang yang juga permaisuri hati kepada pelakon Fattah Amin ini menjelaskan kepada MH, watak puntianak dijayakan bukanlah tipikal sebagaimana ‘entiti’ puntianak yang sering dipertontonkan sebelum ini.
Sebaliknya, filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu adalah sesuatu yang lebih segar.
“Saya tertarik dengan jalan ceritanya kerana secara tidak langsung ia menampilkan watak seorang wanita yang kuat.
“Malah ketika Glen sendiri menawarkan watak yang manakah saya mahu ambil, sama ada isteri kepada Remy Ishak atau puntianak, saya pilih puntianak kerana saya mahu tahu apa yang dia rasa dan lalui sebelum dan selepasnya,” katanya jujur.
Kongsinya lagi, elemen seorang wanita yang kuat itu sendiri mendorongnya untuk membawa watak Mina sebaiknya.
“Tidak sukar membawakan watak ini kerana filem lakonan saya sebelum ini juga lebih terarah kepada peranan wanita yang kuat.
“Tidak banyak filem yang mengetengahkan kisah wanita kuat seperti ini. Mina bukan hanya puntianak tetapi dia seorang wanita kuat dan berusaha mendapatkan semula haknya apabila janji tidak ditepati,” kata Fazura lagi.
Bahkan, jelas Fazura, dunia semasa sudah berubah dan jangan takut untuk ketengahkan wanita sebagai hero.
“Tidak salah untuk angkat golongan ini sebagai hero dan seperti filem Dendam Pontianak juga adalah kisah wanita bernama Mina dan dia adalah penggerak cerita ini dan Remy sudah tentunya hero,” maklum Fazura.
Sementara itu Fazura turut memberi reaksi selepas ditanya media jika ada yang membandingkan antara watak Mina yang dibawanya dengan watak Puntianak bernama Meriam yang dijayakan Maya Karin menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.
“Saya rasa watak Puntianak yang dilakonkan Maya Karin ada kelebihannya yang tersendiri. Malah saya sendiri merupakan peminat kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Saya tontonnya bersama rakan-rakan, masih ingat lagi.
“Jadi saya rasa filem tersebut ada kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan menerusi Puntianak dalam versi Mina ini, seperti yang saya beritahu tadi, ia bukan sebagaimana tipikal Puntianak yang pernah dilihat sebelum ini.
“Ia berbeza dan penonton akan dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita itu dalam menuntut keadilan apa yang sepatutnya menjadi miliknya,” simpul Fazura yang turut kagumi pelakon Munafik 2 itu.
Selain Fazura dan Remy Ishak, Dendam Pontianak turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nadia Aqilah, Namron, Wan Hanafi Su dan Nadiah M Din. Tidak hanya di Malaysia, filem ini bakal ditayangkan terlebih dulu di Singapura bermula 29 Ogos ini.
Foto: Instagram Fazura, Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Misha Omar yang baru sahaja sukses menerusi konsert solonya, This Is Misha Live at DFP minggu lalu ada menitipkan ucapan istimewa buat maestro muzik, Datuk Ramli MS yang turut sama mengetuai muzik persembahannya pada malam itu.
Mendapat reviu positif menerusi konsert yang mengenang jatuh bangunnya selama 17 tahun dalam seni, Misha tidak menafikan Ramli MS sebagai antara individu yang banyak mengajar sekali gus membentuk dirinya agar menjadi penyanyi yang lebih baik.
“My godfather in this industry, My Cikgu, He is the one yg byk mengajar, yang banyak membentuk nyanyian kak mitch menjadi lebih baik, yang mengajar kak mitch, nyanyian harus ada suntikan jiwa yg jujur baru mampu menyentuh jiwa-jiwa yang lain.
“Tak tergambar kata-kata betapa besarnya jasa dia buat saya, sampai dia pun tak paham apa yg dia beri pada saya. Orang yg ikhlas memang mcmtu, dia cuma tahu memberi dan akan terus memberi dgn ikhlas tanpa mengharapkan balasan apa-apa,” tulisnya.
Malah, figura ini turut memasang azam untuk terus belajar selagi punya kesempatan.
“Cikgu yang pemurah dgn ilmu dan selalu bagi saya makan. Terima kasih,Cikgu. Mek akan terus belajar dan terus belajar. Mek tahu, Mek bukan yang terbaik malah tak pernah berkecil hati bila ada yang kata Mek tak cukup bagus.
“Ruang dan kesempatan yang ada , Mek akan belajar lagi ya? Mek sayang Cikgu, ikhlas lillaahi taala. Mek Samihah Omar. This is Misha, Live at DFP, 5 Ogos 2019,” coret Misha jujur buat suami kepada penyanyi, Alyah itu.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang masih tergambar mengenai persembahannya tempoh hari selain turut terinspirasi dengan ucapan yang diberikan Misha buat Ramli.
Terdahulu, Misha turut terharu apabila tiket This Is Misha Live at DFP habis terjual selepas 18 jam dipromosi.
Foto: Instagram Misha Omar, Ramli MS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.