“Hari Ini Saya Amat Terkejut Kerana Permohonan Tidak Diluluskan,” – Bantuan Prihatin Nasional Datuk Aliff Syukri Tidak Lulus, Ini Reaksi Tuan Badan

Share

Usahawan kosmetik sensasi Datuk Aliff Syukri ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Aliff telah memaklumkan bahawa permohonannya untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disumbangkan oleh kerajaan tidak lulus.

“Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan ..sjaa nak semak.

“Saya faham dlm keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai Usahawan Industri IKS juga turut merasai… rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan,” katanya.

Selain itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu meluahkan rasa sedih kerana jualan keuntungan perniagaan miliknya mengalami kerugian.

Lalu, usahawan berusia 32 tahun ini mendoakan agar penularan wabak Covid-19 ini berakhir dengan segera.

“Dan ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum nak dapat sale jatuh 90pratus.. hanpir smua bisnes tutup.. Saya amat sedih dlm keadaan ini dan berharap Rakyat Malaysia dapat membantu Kerajaan untuk mempercepatkan proses penyakit Corola ini.

“Apa pn terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.. Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami..,” tulisnya.

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN