“Hari Ini Ramai Orang Jahil Ke Depan Untuk Memberi Kenyataan,” – Rafidah Ibrahim

Share

Terlalu banyak isu yang terjadi dalam gelombang kehidupan rakyat Malaysia baru-baru ini hingga mendorong pelakon, Rafidah Ibrahim menyatakan pendapatnya sendiri.

Jelasnya yang lebih mesra disapa Fida, terlalu ramai orang jahil memberi kenyataan sedangkan mereka bukanlah pakar dalam apa yang diperbincangkan.

Malah ulasnya, jadilah manusia berilmu dan berakal dalam menyebarkan sesuatu perkara.

“Hari ini ramai orang jahil ke depan untuk memberi kenyataan di mana mereka bukanlah ahlinya (pakar).

“Assalamualaikum. Selamat menyambut bulan Rejab. Sekadar berkongsi.. Sekiranya kita terima sebarang info terutama dalam dunia tanpa sempadan ni, biarlah kita jadi manusia berakal & berilmu dalam berkata2 atau menyebarkan tentang sesuatu perkara.

“Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah s.w.t #jahil,” tulisnya di entri Instgram.

Terdahulu, netizen dihujani dengan pelbagai isu untuk dikupas berkait mahram, isu faraid, perkahwinan selebriti dan terbaru krisis politik yang sedang meruncing.

Foto : Instagram Rafidah Ibrahim

IKLAN