“Hari-Hari Bercakap Dengan Baby Dan Urut Kaki Yang Semakin Sakit,” – Bakal Bersalin Tak Lama Lagi, Fasha Sandha Cerita Gelagat Imam Tersayang

Share

Sedang menantikan detik kelahiran cahaya ketiga dan yang pertama menerusi perkahwinan bersama pelakon, Aidil Aziz, perkongsian Fasha Sandha terhadap institusi perkahwinannya mendapat perhatian ramai.

Jelasnya menerusi satu entri Instagram buat tatapan umum beberapa hari lalu, dia dan suami saling berusaha untuk menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Malah, bintang filem Anak Halal ini juga bercerita, si suami kini setiap hari ‘bercakap’ dengan bayi yang bakal lahir dan sering urut kakinya.

“Mencuba sedaya upaya untuk menerima ketidaksempurnaan masing2, Insyaallah.

“Terima kasih Suami, hari2 bercakap dengan baby dan urut kaki yang semakin sakit,” tulis Fasha.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat mendoakan agar urusan bersalin kelak dipermudahkan buat Fasha.

Terdahulu, pasangan selebriti ini diijabkabulkan pada 30 Mac 2019. Ia adalah perkahwinan kedua bagi Fasha.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua permata hati iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Foto: Instagram Fasha Sandha

IKLAN