Semoga saya akan mati dalam keadaan tenang dan beriman, demikian harapan pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila ditanya apakah harapan serta doa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-31, pada Selasa.

Katanya lagi kepada MH, ulang tahun kelahirannya kali ini dilihat agak sentimental lebih-lebih lagi apabila mengenang setiap kejayaan yang dilakar bukanlah terhasil dalam suatu proses mudah.

“Saya agak tersentuh kerana saya melihat realiti yang berlaku. Jujurnya juga, saya target untuk menjadi individu yang lebih alim sebelum usia mencecah 35 tahun.

 

“Malah, proses pembinaan surau di kawasan berdekatan kediaman juga sedang diusahakan sebagai ekspresi kepada apa yang saya hajati,” katanya.

Menyifatkan dirinya bukanlah sempurna, Aliff bagaimanapun memanjatkan rasa syukur kepadaNya kerana impian sudah pun dimakbulkan.

Harap Mati Dalam Keadaan Tenang dan Beriman, Aliff Syukri Target Mahu Jadi Alim Sebelum Cecah 35 Tahun

“Saya bukan malaikat. Saya juga ada lakukan kesilapan dan apa yang dipaparkan bukan mahu riak dengan apa yang ada. Tetapi ini adalah impian saya yang sudah termakbul, alhamdulillah,” jelasnya yang sebolehnya tidak mahu memberitahu umum mengenai ibadah haji yang telah dikerjakan sebelum ini.

 

“Saya dah buat (haji) tapi saya tak mahu kongsi pada publik,” jawab Aliff ringkas apabila ada wakil media yang bertanya sama ada dia ada telah mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Ditemui bersempena dengan majlis kunjungan media di rumah agamnya di Kota Damansara, Aliff turut menambah, liku hidup yang dilalui menjadikan dirinya lebih kuat dan bermotivasi.

IKLAN

“Sejak remaja, saya sudah simpan angan-angan mahu memiliki banglo dan impian itu terlaksana pada usia 24 tahun. Kemudian, saya dikurniakan gelaran Datuk dan dalam perjalanan untuk menerima pingat itulah, saya pasang impian nak memiliki kediaman seperti istana.

Sementara itu, penyanyi Abang Nak Tegur itu memberitahu mahligai yang dinamakan Palace Aliff Syukri yang menjadi kediaman rasminya bersama keluarga telah didirikan sejak empat tahun lalu di atas tanah bernilai RM13 juta.

Lebih menarik, kediaman serba mewah itu turut dilengkapi 30 bilik termasuk surau, gim dan pawagam mini.

Memberikan hanya yang terbaik untuk rumah agamnya juga, Aliff mengakui ada di antara kelengkapan rumah termasuk bahan binaan dibeli dari empat negara iaitu China, Indonesia, Portugal dan Itali.

IKLAN

Berkongsi mengenai kecaman yang diterima netizen berhubung isu dia dikatakan riak kerana memaparkan kekayaan kepada umum pula, Aliff yang sudah lali dengan kecaman berkata, setiap pandangan yang diberikan orang ramai adalah hak masing-masing.

Harap Mati Dalam Keadaan Tenang dan Beriman, Aliff Syukri Target Mahu Jadi Alim Sebelum Cecah 35 Tahun

IKLAN

“Saya tiada kuasa nak tutup mulut atau puaskan hati semua orang. Niat saya adalah untuk berkongsi hasil yang akan kita perolehi andai kita kuat berusaha.

 

“Selain itu, paparan kediaman ini juga adalah sebagai pengisian terakhir untuk program realiti saya, Oh Abang Kosmetik musim kedua,” tegasnya.

Oh Abang Kosmetik musim terbaru itu kini ditayangkan setiap Isnin, jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Terdahulu, sedutan sepanjang majlis sambutan ulang tahun dan kunjungan media ke setiap sudut rumah kediaman mewahnya turut boleh ditonton menerusi rakaman video menerusi FB Media Hiburan.

Foto: Instagram Aliff Syukri

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155546421943435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI