Pelakon dan penyanyi, Ika Nabella berharap dia akan sentiasa dapat ikhlaskan hatinya dalam usaha untuk membantu lebih ramai orang bagi mengubah taraf kehidupan mereka.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dilaman Instagram, Ika memaklumkan dia kerap menerima mesej-mesej daripada orang ramai di media sosial yang meminta jasa baiknya untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Harap Hati Terus Ikhlas, Pasang Hajat Nak Bina Masjid & Bayar Zakat Ratusan Ribu – “Moga Allah Ubah Pandangan I Mengenai Kehidupan,” – Ika Nabella

Harap Hati Terus Ikhlas, Pasang Hajat Nak Bina Masjid & Bayar Zakat Ratusan Ribu – “Moga Allah Ubah Pandangan I Mengenai Kehidupan,” – Ika Nabella

“Sentiasa mintak supaya I ikhlas dalam perbuatan because I always imagine myself as someone yang berkemampuan dan pemurah dalam segala aspek.

“I nak tergolong dalam kalangan mereka yang berjiwa besar yang mampu bagi manfaat pada orang lain.

IKLAN

“I doa moga Allah ubah pandangan I mengenai kehidupan. I bukan hidup untuk diri sendiri bukan untuk keluarga semata mata malah untuk orang-orang yang mendoakan I yang memerhatikan I dari jauh,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jelas bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu lagi, dia juga memasang hajat untuk banyak melakukan kerja-kerja amal terutamanya di jalan agama.

“I berimpian nak bayar zakat ratusan ribu, nak derma juta-juta, nak bina masjid & the list goes on. Besar impian I & taknak tunggu jadi jutawan baru realisasikan semua tu. Therefore, I’m making a move. Baby steps.

IKLAN

“I happy I dapat bantu mereka yang memerlukan walaupun sikit tak banyak. Alhamdulillah dapat kongsi rezeki dengan my #innatemoms @innateofficialhq
I thought of sharing this,” kongsinya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak itu turut berharap agar orang ramai dapat terus mendoakan dirinya supaya hasrat murninya itu akan dapat dicapai

“So, that I can help more women yang mahu dibantu sebab I belum mampu untuk support kewangan you, I cuma mampu bantu buka peluang untuk you bantu diri you sendiri. Kita sama-sama usaha.

IKLAN

“Sama-sama Ubah. Andai kata you bukan orang-orang yang mahu dibantu.. I mohon doakan I, kukuhkan niat I supaya I tak terpesong,” akhirnya.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa semoga impian Ika itu dipermudahkan.

Harap Hati Terus Ikhlas, Pasang Hajat Nak Bina Masjid & Bayar Zakat Ratusan Ribu – “Moga Allah Ubah Pandangan I Mengenai Kehidupan,” – Ika Nabella Harap Hati Terus Ikhlas, Pasang Hajat Nak Bina Masjid & Bayar Zakat Ratusan Ribu – “Moga Allah Ubah Pandangan I Mengenai Kehidupan,” – Ika Nabella

Su: Instagram Ika Nabella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI