Sudah menjadi lumrah apabila menjadi seorang selebriti, dari hujung rambut hingga hujung kaki akan diperhatikan oleh netizen.

Penyanyi, Haqiem Rusli juga tidak terlepas daripada pemerhatian dan kritikan netizen.

Baru-baru ini ada segelintir netizen telah melemparkan kecaman ke atas penyanyi ini dengan mendakwa dirinya tidak mampu untuk membeli ubat jerawat.

IKLAN

Memetik dari satu sumber, Haqiem juga mengakui pada awalnya dakwaan itu membuatkan dia berasa tertekan.

“Saya dapat tahu mengenai kritikan itu selepas membuat persembahan pada minggu kedua separuh akhir Muzik-Muzik ke-32 sebelum ini.

 

“Saya tertekan apabila mereka mendakwa saya tidak mampu membeli ubat jerawat tetapi mampu beli kereta pula,” katanya.

Namun begitu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak melatah dengan kritikan yang dilemparkan netizen kepadanya.

IKLAN

“Namun, lama-kelamaan saya sudah okey dan tidak mahu cepat melatah dengan kritikan netizen itu,” katanya.

Penyanyi lagu Tergantung Sepi ini juga berkata, dia sudah berjumpa dengan doktor bagi mengatasi masalah jerawat yang dihadapinya itu.

IKLAN

“Doktor juga memberitahu masalah jerawat di wajah saya ini kerana perubahan hormon dan ia adalah perkara biasa untuk remaja seusia,” katanya.

Bagi MH masalah yang dihadapi oleh Haqiem ini adalah perkara biasa bagi remaja yang sedang meningkat dewasa.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI