Bagai menepati ramalan, penyanyi, Haqiem Rusli sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang anugerah bagi ketegori Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 yang berlangsung pada Sabtu.

Kemenangan tersebut sekali gus mengetepikan cabaran daripada empat pesaing lain iaitu Azzam Sham, Naqiu, Khai Bahar dan Amir Masdi.

Haqiem Rusli Sah Nikah 19 November Ini Haqiem Rusli Sah Nikah 19 November Ini

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh pelakon dan pengacara, Nabila Huda.

Dalam pengucapannya ketika naik ke pentas untuk mengambil trofi, Haqiem telah pun membuat pengumuman istimewa yang nyata menggembirakan hati banyak pihak.

Menurut penyanyi lagu, Tergantung Sepi ini, dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan pada 19 November ini.

IKLAN

“Terima kasih kepada Allah SWT untuk rezeki pada hari ini. Terima kasih juga kepada ABPBH, TV3, mak dan abah, keluarga, kawan-kawan dan sahabat.
Tidak dilupakan juga kepada Qiemilio.

“Di sini saya ingin mengumumkan sedikit pada 19 November ini saya akan barnikah. Jadi, saya minta doa yang baik-baik daripada anda semua. Terima kasih,” katanya.

Dikesempatan itu juga, Haqiem turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar urusan perkahwinannya itu akan dipermudahkan dari awal hingga ke akhir.

IKLAN

Haqiem Rusli Sah Nikah 19 November Ini Haqiem Rusli Sah Nikah 19 November Ini

Menerusi temu bual di belakang pentas, Haqiem turut memaklumkan dia bakal melancarkan sebuah lagu pada hari pernikahannya itu nanti.

“Pada hari itu nanti, InsyaAllah kita akan lancarkan sebuah lagu khas untuk kami.

“Sebagai seorang penyanyi, untuk kekal relavan, kena ada lagu yang sedap. Kalai pelakon mereka kena ada cerita yang best. Jadi kita kena ada produk sendiri untuk kekal relavan,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menerusi pemerhatian MH di laman Twitter, rata-rata peminat turut berkongsi rasa gembira selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan hari bahagianya itu.

Haqiem Rusli Sah Nikah 19 November Ini

Pada malam ABPBH34, Haqiem turut telah menggamatkan suasana menerusi persembahan penutup bersama dua orang penyanyi senior Datuk Zainal Abidin dan Hazama menerusi lagu Satu.

Sumber: Youtube TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI