“Happy Pantang, My Favorite Couple,” – Bersalin Anak Kedua Semalam, Ini Ucapan Rakan Artis Buat Hanis Zalikha-Hairul Azreen

Share

Selepas mengumumkan berita kelahiran anak keduanya semalam, ucapan tahniah dan syukur diterima pasangan selebriti, Hanis Zalikha sama suaminya, pelakon Hairul Azreen.

Dilahirkan pada minggu-minggu terakhir Ramadan, iaitu pada petang Jumaat lalu, bayi perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah Hairul Azreen itu telah didedahkan wajahnya khusus buat tatapan para peminat.

Malah, rakan selebriti turut tidak melepaskan peluang untuk turut sama kongsi kegembiraan dengan memberi dedikasi khas buat keduanya menerusi Instagram.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.

Foto: Instagram Hairul Azreen/Hanis Zalikha

IKLAN