“Happy Birthday Mama,” – Henry Golding Kongsi Wajah Baby Girl Serentak Hari Jadi Isteri, Comel Sungguh!

Share

Pelakon kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di Hollywood, Henry Golding akhirnya berkongsi sekeping foto penih anaknya bersempena hari lahir isteri tercinta.

Menerusi laman sosial Instagram, Golding, 34, membuat satu dedikasi khas buat isterinya, Liv Lo Golding, 36, dengan ucapan ringkas penuh makna.

Happy birthday baby mama,” tulisnya pada foto isteri yang sedang mendukung permata hati.

Meski masih belum mendedahkan nama anak perempuannya itu, namun para peminat dan sahabat handai turut tampil meninggalkan ucapan hari lahir serta kata-kata pujian terhadap wajah comel anaknya pada ruangan komen.

Terdahulu, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan anak perempuan pada 31 Mac lalu.

IKLAN