Kelmarin, Chacha Maembong telah meraikan sambutan hari lahir kekasihnya iaitu Leslie yang ke- 27 di sebuah restoran dengan penuh romantis.
Adik kepada aktres Emma Maembong itu turut memuatnaik sekeping foto bersama dengan ucapan luahan rasa cintanya bersama kekasihnya itu.Dia juga berkata beruntung mendapat kekasih yang benar-benar menyayangi dirinya.
“Happy 27th birthday abi, thankyou for always be there when i need you and Thank you for being you. Accepting me in all ways. making me happy when i’m sad and thanks for all the pain that you removed from me. Thanks to God because he sent you to me.”
Akaun Chacha juga mula dibanjiri dengan ucapan sempena ulang tahun kepada Leslie. Rata-rata netizen memuji sifat romantis pasangan Chacha serta mendoakan mereka berkekalan.
Selain luahan hatinya, Chacha juga turut memuat naik beberapa foto mereka berdua dan video pendek beserta hashtag #abiturnsold, #lovelife, #livelifetothefullest dan #sweet27. Adakah hastag itu menandakan mereka telah merancang untuk membawa hubungan tersebut ke peringkatperkahwinan tidak lama lagi?
Pada masa yang sama, menerusi akaun instagram teman lelakinya turut meluahkan ucapan terima kasih kepada Chacha kerana menyediakan hadiah hari jadi untuknya.
“Chacha Maembong thanks manje for the birthday dinner. A gift from Chacha Maembong & Lalalee_ my x-ray on the wall.”
Chacha dan Leslie sudah menjalinkan hubungan cinta hampir setahun. Mereka berkenalan melalui rakan pada tahun lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI