Pelakon Miera Leyana buat pertama kali berkongsi wajah puteri sulungnya kepada umum, selepas genap setahun usia pertama hatinya itu.
Menerusi Instagram, ia dimuat naik bintang berusia 29 tahun itu bersempena meraikan sambutan ulang tahun pertama anak perempuan yang diberi nama Rachel Aisyah yang dilahirkan pada 16 Mei tahun lalu.
“Hey little queen, you are not an ordinary girl. You are born with the most divine blessings of Allah.
“I know one day you will make us proud and We will be the first one to clap for all your achievements and laurels. Happy 1st Birthday Rachel Aisyah,” tulisnya yang disertakan dengan hashtag #firstphotoshoot.
Ads
Menerusi hantaran seterusnya, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut berkongsi momen indah sekitar majlis keraian.
Meninjau ke ruangan komen, peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan selamat hari jadi buat si kecil selain menitipkan doa yang baik- baik buat Miera seisi keluarga.
Ads
Miera berkahwin dengan suaminya, Rosland yang merupakan seorang usahawan pada 26 Julai 2020 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Bintang terkenal Bollywood, Deepika Padukone telah dilantik sebagai duta baharu jenama terkenal Perancis, Louis Vuitton. Dengan pelantikannya ini, dia mencipta sejarah sebagai selebriti India pertama yang diangkat sebagai duta.
Dia dilihat sering menggayakan pakaian dan juga aksesori Louis Vuitton bahkan pada tahun 2020 dia menjadi selebriti India pertama yang menghiasi iklan jenama tersebut bersama Lea Syedoux dan Sophie Turner.
Wanita anggun ini memiliki pengalamnnya yang tersendiri dengan jenama mewah ini. Ketika ini dia mungkin boleh membeli apa sahaja daripada Louis Vuitton namun apabila mengimbau kembali masa lalu, ada cerita yang beliau kongsikan
“Apabila anda berumur 18 tahun dan baru sahaja mendapat gaji sendiri, anda tidak akan pandang ke dalam Louis Vuitton jika melaluinya kerana tahu anda tidak akan mampu untuk membelinya.
“Ada perkara yang memberikan kita aspirasi dan ada perkara yang langsung tidak terjangkau. Penglibatan saya dengan jenama ini adalah perkara kedua yang saya sebutkan tadi. Saya seorang yang sangat praktikal, pragmatik dalam realiti, tetapi saya terpaksa mencubit diri saya sendiri kerana saya tidak percaya ini benar,” ujarnya menerusi laporan CNN.
Aktres berusia 36 tahun ini yang terkenal menerusi lakonannya dalam pelbagai filem bukanlah asing bagi jenama ini. Deepika telah muncul dalam lebih 30 filem, termasuk “Padmaavat” yang merupakan salah satu filem India dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.
Dia baru-baru ini dinamakan sebagai sebahagian daripada sembilan orang juri di Festival Filem Cannes tahun ini. Seiring dengan kejayaannya sebagai pelakon, dia dikatakan dan memperoleh pendapatan dengan anggaran USD6 juta pada 2019, menurut edisi terkini senarai 100 Selebriti oleh Forbes India.
Pengumumannya sebagai duta baharu Louis Vuitton hadir selepas dia dilihat menjadi wajah muka hadapan majalah Vogue India. Menjadikan momen itu lebih menarik, Deepika menggayakan pakaian dan aksesori jenama tersebut untuk penggambaran majalah terkenal itu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
“Saya tak nak cakaplah berapa pasang baju raya tahun ini.Tak cakap salah, cakap… lagilah.
“Kalau nak kira juga, kenalah intai entri gambar di akaun Instagram (IG) saya musim raya nanti. Bukan Che Ta, kalau tak penuhi kandungan entri IG dengan gambar sesi fotografi.
“Malah baju raya sebelum ini pun, ada yang di bawa ke hadapan. Maklumlah situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan. Nak melaram pun tak boleh sangat,” katanya.
Kebiasaannya, pemenang Most Inspirational Celebrity, Women Of Excellence Awards ini akan menyiapkan persiapan persalinan baju raya untuknya dan keluarga lebih awal.
“Buat awal, tak kalut. Jadi bulan Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat. Pendek kata, baju, kain samping, butang baju Melayu anak dan suami pun sudah disediakan. Pemilihan beraya dengan baju warna sedondon itu pun harus.
“Cuma selepas dua tahun beraya dengan norma baharu, saya tetap membataskan pelbagai aspek. Cukup beraya dengan keluarga dan adik beradik lain.
“Insya-Allah tahun ini, semua adik beradik sepakat beraya di Alor Setar, Kedah. Saya pun pulang awal ke kampung dari 1 hingga 8 Mei lalu kerana komitmen seni dan lain sudah dilunaskan awal,” katanya.
Sementara itu, pelakon Kiah Pekasam juga turut sama teruja kerana banglonya siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.
“Selepas empat tahun termasuk COVID-19, pengubahsuaian rumah itu tergendala untuk disiapkan. Penantian itu bernoktah dan dapat masuk rumah akhirnya.
“Cuma kerana sudah merancang awal balik beraya ke Kedah, jadi nak raya di rumah sendiri selepas itulah. Saya pun pindahkan barang dari rumah lama ke kediaman baharu sedikit demi sedikit. Lepas beraya nanti mulalah ‘all out’ pindahkan barang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, entri IG Che Ta sebelum ini menarik perhatian apabila mengadakan sesi fotografi bertemakan songket tajaan @azie_couture bersama teman baiknya termasuk pereka fesyen Man Kajang.
Entri yang mengimbas kembali muka depan edisi bumper raya majalah hiburan suatu ketika itu dulu mencuri perhatian pengikutnya.
Kata Che Ta, idea berkenaan dicetuskan salah seorang teman baik temannya, Pakcik Airil Azrie dari Blackpepper Production.
“Dulu masa zaman majalah hiburan mendominasi pasaran, edisi bumper raya sentiasa mencuri perhatian. Termasuklah majalah Media Hiburan dan URTV.
“Kalau tak beli, memang tak sah. Pembaca setia pun akan pastikakoleksi bumper raya wajib dibeli saban tahun. Saya tak terkecuali. Malah sempat memenuhi undangan teman wartawan tersayang untuk sesi fotografi isu berkenaan.
“Ibarat mana-mana artis yang berpeluang menghiasi muka depan bumper raya itu, dialah yang paling meletup di zaman berkenaan. Saya bersyukur sempat merasai momen itu. Sekarang apabila kuasa digital beraja, momen sebegitu tinggal kenangan,” katanya.
Tambahnya, dia bersama beberapa teman mengadakan sesi fotografi edisi raya berkenaan beberapa hari sebelum menjelang Syawal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Heyda Hafeey tidak terkilan apabila orang ramai lebih mengenali nama kumpulan Senario berbanding dirinya, menerusi lagu malar segar, Zapin Usik Mengusik.