Hanya Masalah Biasa, Masalah Suami Isteri – Farid Kamil

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menegaskan laman sosial bukanlah penanda aras kepada kebahagiaan rumah tangganya. 

Mengakui jarang memuat naik gambar bersama isterinya, Diana Danielle, namun, katanya, itu bukanlah bermakna mereka tidak bahagia.

“Saya tak mahu jadikan Instagram itu sebagai penanda aras kebahagiaan rumah tangga saya. 

 

“Saya akan post apa saja yang saya suka yang sememangnya memberi kebahagiaan yang optimum pada saya. 

 

“Lagi pun, saya dan Diana tak pernah jadikan hubungan kami sebagai ‘selling point’ sedari awal lagi dan ia tiada beza dengan sekarang,” katanya pada Media Hiburan. 

Pada masa sama, Farid mengambil pendekatan enggan ambil peduli mengenai ‘cakap-cakap’ orang ramai terhadap hubungan mereka. 

IKLAN

“Kalau Instagram itu boleh merosakkan perhubungan suami isteri, kuat sangat ke Instagram tu?

 

“Itu bermakna Instagram so powerful in life. Pada saya, apa orang nak kata atau komen, itu hak mereka. 

 

“Apa yang saya tahu, rumah tangga kami bahagia. Tak ada masalah kritikal, cuma biasa saja. Masalah suami isteri,” katanya. 

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua anak iaitu Muhammad,4, dan Nur Aurora yang kini berusia dua tahun.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Farid bakal muncul menerusi filem Tombiruo: Penunggu Rimba pada 12 Oktober depan.

Selain Farid, filem adaptasi novel tulisan Ramlee Awang Murshid itu turut dibintangi Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa dan Muhammad Al-Rayyan.

Teks oleh: Ayu Zainal