“Hanya Bacaan Yassin Dari Mama,”- Genap 100 Hari Pemergian Anak Azian Mazwan Sapuwan, Doa Agar Roh Dicucuri Rahmat

Share

Genap 100 hari pemergian anak penyanyi era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan iaitu Mohammad Aqil Zulkarnain menghadap Pencipta pada 16 December tahun lalu.

Kongsi bekas bintang Gegar Vaganza Musim Ke-2 itu, dia sentiasa mendoakan agar arwah berada bersama orang-orang beriman.

“24.03.2020 ~ Harini genaplah 100 hari anakanda Mohammad Aqil Zulkarnain meninggalkan kami. Kami semua merinduimu Aqil..

“Tidak sedetik pun tiada kamu dlm ingatan & sebutan kami.. Doa mama, Allah swt mengampunkan segala dosamu ankku, dilapangkan kuburmu & diterangkan dgn Nur cahayaNYA , dijauhi dr azab kubur & api neraka, tempatkan anakku di kalangan org² yg beriman di dlm SyurgaNYA 🤲🏻😭..aamiin yra.

“Hanya bacaan yaasin dr mama,adik brdk mu,kaum klrga jauh dan dekat..
Insyaallah selepas keadaan getir ini berakhir, mama akan tunaikan niat kita sklrga ye..kita berkongsi dgn mereka,” tulisnya.

Terdahulu, Allahyarham Mohammad Aqil menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Selayangz

Allahyarham sebelum ini pernah mengalami kemalangan motosikal pada 22 November tahun lalu.

Video : Instagram Azian Mazwan Sapuwan

IKLAN