Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai kisah rintihan salah seorang anggota kumpulan, Caliph Buskers, Fendy yang dikhabarkan telah terjejas pendapatannya sepanjang tempoh pendamik ini.

Jelas Fendy, pendapatannya selaku orang kelainan upaya (OKU) mula terjejas selepas dia dikhabarkan tidak menerima lagi sebarang jemputan untuk membuat persembahan.

“Hanya Allah Sahaja Dapat Balas,” – Fendy Caliph Buskers Terima Kunjungan Rina Harun & Wan Ahmad Fayhsal, Bantu Dapatkan Rumah PPR

Katanya lagi, dia juga sudah tidak berkemampuan lagi untuk membayar duit sewa rumah yang didiaminya bersama anak.

Kisah tular itu nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah daripada pihak kerajaan yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun

“Hanya Allah Sahaja Dapat Balas,” – Fendy Caliph Buskers Terima Kunjungan Rina Harun & Wan Ahmad Fayhsal, Bantu Dapatkan Rumah PPR

“Syukur Alhamdulillah atas keprihatinan semua yang saya kenali mahupun tidak, cerita saya pun telah viral ke pengetahuan Media dan YB Dato seri Rina Mohd Harun selaku Menteri pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

IKLAN

“YB Senator, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selaku Timbalan Menteri Belia & Sukan serta wakil daripada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa telah menziarahi dan menyantuni saya dan anak saya dirumah,” tulisnya.

“Hanya Allah Sahaja Dapat Balas,” – Fendy Caliph Buskers Terima Kunjungan Rina Harun & Wan Ahmad Fayhsal, Bantu Dapatkan Rumah PPR “Hanya Allah Sahaja Dapat Balas,” – Fendy Caliph Buskers Terima Kunjungan Rina Harun & Wan Ahmad Fayhsal, Bantu Dapatkan Rumah PPR

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fendy menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Facebook.

Dalam pada itu, Fendy turut mengakui dia berasa amat bersyukur selepas pihak wakil rakyat tersebut telah pun bersetuju untuk membantunya mendapatkan sebuah unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

IKLAN

“Mereka Hadir menziarahi dan memberi Bantuan berupa Barang keperluan Harian dan insyaallah akan membantu saya untuk mendapatkan Rumah ppr yang mampu untuk saya duduki bersama Anak.

“Terima kasih juga kepada pihak Media Dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak kerana menghulurkan Bantuan kepada saya, jasa anda semua hanya Allah sahaja yg dapat membalas,” ujarnya lagi.

“Hanya Allah Sahaja Dapat Balas,” – Fendy Caliph Buskers Terima Kunjungan Rina Harun & Wan Ahmad Fayhsal, Bantu Dapatkan Rumah PPR “Hanya Allah Sahaja Dapat Balas,” – Fendy Caliph Buskers Terima Kunjungan Rina Harun & Wan Ahmad Fayhsal, Bantu Dapatkan Rumah PPR

IKLAN

Dikesempatan itu, Fendy turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantunya sehingga ke tahap ini.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Hanya Allah Sahaja Dapat Balas,” – Fendy Caliph Buskers Terima Kunjungan Rina Harun & Wan Ahmad Fayhsal, Bantu Dapatkan Rumah PPR

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Facebook Fendy Caliph Buskers

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI